PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pili...
: Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini berkata ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu susulan kematian penyandangnya Zamri Latiff pada 24 Mei lepas. Beliau berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi DUN Sungai Bakap.
“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR,” katanya.Pada 24 Mei lepas, Nor Zamri, 56, dilaporkan meninggal dunia kira-kira 1.38 tengah hari ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya kerana mengalami keradangan dalam perut dan telah menerima rawatan di pusat perubatan itu sejak awal bulan ini.
Pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.Former MRU employee charged with using 58 forged cheques of over RM2 million
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum kepada SPR esokNIBONG TEBAL: Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, akan dimaklumkan kepada Su...
Read more »
Speaker P.Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPRGEORGE TOWN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang hari ini menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada Suruh...
Read more »
PRK KKB: Pang sahut cabaran pembangkang kemuka keputusan akademikHULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao hari ini memuat naik keputusan akademiknya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Si...
Read more »
Polis Selangor: Kempen PRK KKB lancar setakat iniSHAH ALAM: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan ...
Read more »
PRK KKB: Calon PH umum manifesto Jumaat iniHULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao akan mengumumkan manifesto pilihan raya pada Jumaat ini. Pang, 31, berkata manifesto yang dira...
Read more »
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PHHULU SELANGOR: Masyarakat Orang Asli adalah kawan kepada Barisan Nasional (BN), sekali gus perlu menyokong calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao pa...
Read more »