Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sampel itu dirujuk ke Jabatan Kimia untuk tindakan selanjutnya bagi pengesahan identiti mangsa kedua dipercayai See Su Yen, 32.
IPOH: Spesimen daripada anggota tubuh manusia yang dijumpai di kawasan dua pendaki wanita dihanyutkan kepala air di Hutan Simpan Gunung Suku di sini, akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis asid deoksiribonukleik .
“Semua spesimen DNA manusia yang dikumpulkan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun sepanjang operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan, akan dihantar ke Jabatan Kimia. Sementara itu, Mior Farid berkata, penemuan mayat yang dijumpai semasa operasi mencari dan menyelamat Ahad lalu, disahkan milik Ng Yee Chew, 46, iaitu pendaki yang dilaporkan hilang dalam tragedi kepala air itu.