Spekulasi Rexy kembali, BAM enggan komen

Malaysia News News

Spekulasi Rexy kembali, BAM enggan komen
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 55 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 25%
  • Publisher: 51%

kualalumpur Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menolak dakwaan bahawa badan induk itu berminat untuk mendapatkan semula khidmat bekas jurulatih badminton negara dari Indonesia, Rexy Mainaky yang kini membimbing pasukan kebangsaan Thailand.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, ketika ini BAM tidak berminat untuk memberi komen lanjut berhubung khabar angin yang belum ada kepastian.

Beliau yang ditemui di Akademi Badminton Malaysia semalam berkata, BAM hanya berminat untuk memberi komen kepada sesuatu berita yang sudah ada kesahihannya."Tambah pula saya difahamkan Persatuan Badminton Thailand masih nak lanjutkan kontrak beliau tahun depan, jadi buat masa ini kami tak mahu komen lanjut," katanya.

Nama Rexy melonjak kerana kejayaannya membawa beregu badminton negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong meraih emas di Sukan Asia Doha pada 2006.Rexy yang meraih emas di Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan memenangi gelaran juara dunia pada 1995 bersama Ricky Subagja, berjaya melonjakkan nama badminton Thailand.

Bersama Thailand banyak kejayaan cemerlang dilakarkan antaranya membantu negara itu muncul naib juara Piala Uber di Bangkok, dua tahun lalu. Kantaphon Wangcharoen menjadi pemain perseorangan lelaki pertama dari negara itu meraih pingat gangsa di Kejohanan Dunia di Basel tahun lalu dengan beregu campuran Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai turut cemerlang apabila menjadi beregu pertama Thailand mara ke perlawanan akhir.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

BAM selectors face tough choices in finalising squadBAM selectors face tough choices in finalising squadPETALING JAYA: Badminton Association of Malaysia (BAM) will have some tough calls to make when they finalise the squad for Thomas-Uber Cup Finals.The Finals is from Oct 3-11 in Aarhus, Denmark and the national body will name the players by the first week of July.
Read more »

Maszlee tolak jawatan pengerusi jawatankuasa penasihat Mara CorpMaszlee tolak jawatan pengerusi jawatankuasa penasihat Mara CorpBeliau berkata negara perlu bebas dari bencana Covid-19 terlebih dahulu dan kehidupan rakyat kembali stabil. FMTNews MaszleeMalik
Read more »

BAM selectors face tough choices in finalising squadBAM selectors face tough choices in finalising squadPETALING JAYA: Badminton Association of Malaysia (BAM) will have some tough calls to make when they finalise the squad for Thomas-Uber Cup Finals.The Finals is from Oct 3-11 in Aarhus, Denmark and the national body will name the players by the first week of July.
Read more »

La Liga bermula 20 Jun?La Liga bermula 20 Jun?bolatime laliga Jurulatih Leganes, Javier Aguirre berkata, La Liga akan bersambung pada 2 Jun dan berakhir pada 26 Julai walaupun kebayakan pemimpin kelab enggan untuk mengesahkan kenyataan itu.
Read more »

PBS bidas kerajaan Sabah susulan ‘U-turn’ berhubung PKPPBS bidas kerajaan Sabah susulan ‘U-turn’ berhubung PKPSabah sebelum ini enggan mematuhi PKP dengan berkata, kerajaan negeri akan terus mematuhi fasa ke-4 perintah itu hingga 12 Mei. FMTNews Sabah
Read more »



Render Time: 2025-03-06 17:50:33