kualalumpur Soroton Bicara 1MDB minggu ini
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, turut menegaskan pendiriannya bahawa Jho Low sering dilihat hampir setiap masa semasa Najib melakukan lawatan rasmi ke New York dan London. Berikut antara keterangan Amhari Efendi, seorang daripada saksi utama pendakwaan, pada perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad yang dihadapi Najib, di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah, dari 17 hingga 19 to September.
Najib, 66, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.Amhari Efendi memberitahu Mahkamah Tinggi, Jho Low menunjukkan minat dalam Terengganu Investment Authority sejak cadangan penubuhannya dicetuskan pada 2008. Beliau berkata, Jho Low turut menghadiri mesyuarat jawatankuasa pemandu dan penyelarasan TIA pada 5 Mac 2009 atas undangan, untuk membincangkan cara mengumpul bon bagi TIA.Amhari Efendi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low mencadangkan beberapa nama besar sebagai anggota lembaga pemegang amanah yayasan yang akan ditubuhkan oleh TIA. Beliau mengesahkan yayasan itu, yang akan diletakkan di bawah TIA, menyenaraikan beberapa nama anggota lembaga pemegang amanah, antaranya vokalis utama kumpulan rock Ireland, Bono, Ratu Rania dari Jordan dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Walt Disney Michael Eisner. Nama lain yang turut disenaraikan dalam dokumen itu yang dibacakan di dalam mahkamah oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ialah isteri bekas perdana menteri itu, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said; CEO Mubadala Development Khaldoon Al Mubarak; bekas Pengerusi ExxonMobil Lee Raymond; dan Pengerusi dan CEO LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton SE Bernard Arnault.Saksi itu turut menafikan beliau melindungi Jho Low, kerana tidak membangkitkan isu yang ahli perniagaan dalam buruan itu memberi gambaran salah bahawa beliau adalah penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Terdahulu, Muhammad Shafee membacakan minit mesyuarat TIA, yang berlangsung di bangunan Parlimen pada 30 Jun 2009. Dalam minit berkenaan, kata Muhammad Shafee, wakil Sultan Mizan Zainal Abidin menafikan Jho Low adalah penasihat baginda. Dalam keterangannya juga, Amhari Efendi berkata, Jho Low, sering bersama-sama Najib semasa bekas perdana menteri itu melakukan lawatan rasmi ke New York dan London. Saksi itu berkata, beliau juga tidak menyediakan laporan lawatannya ke China pada Jun 2016 untuk Najib, sebaliknya, Jho Low, yang melakukannya.Amhari Efendi, mengulangi di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima arahan daripada bekas perdana menteri dan bukan daripada Jho Low kerana beliau bekerja untuk Najib. Beliau juga berkata pertemuan antara Najib dan Jho Low diadakan di luar Pejabat Perdana Menteri dan selepas Jho Low melarikan diri dari negara ini pada 2015, mereka berdua berkomunikasi menerusi medium elektronik. Semasa lawatan rasmi Najib ke New York dan London, Jho Low akan bertemu bekas perdana menteri itu di bilik hotel, katanya. Amhari Efendi memberitahu Mahkamah Tinggi, Najib, selaku pemimpin nombor satu negara ketika itu, mempunyai kuasa untuk menjadikan hidupnya tidak stabil. Beliau berkata, sungguhpun bekas ketuanya itu secara peribadi tidak pernah mengancamnya, namun beliau merasakan seperti ‘tersepit di tengah-tengah’ kerana Najib, sebagai perdana menteri ketika itu, mempunyai pengaruh dan sokongan padu untuk menjadikan hidupnya porak peranda. Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama. Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur, antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014, dan 21 lagi pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 September 2019 @ 11:31 AM
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
1MDB trial: Ex-aide agrees Jho Low could have manipulated Najib | Malay MailKUALA LUMPUR, Sept 19 — Datuk Seri Najib Razak’s actions related to 1MDB could have been influenced by fugitive financier Low Taek Jho, a former aide to the ex-prime minister concurred in the High Court today. Former special officer to Najib, Datuk Amhari Efendi Nazarruddin, said so when lead...
Read more »
Ex-aide denies keeping papers on 1MDB, Jho Low as 'insurance'Amhari Efendi Nazaruddin says he overlooked the businessman's instructions to shred the documents in question. FMTNews
Read more »
1MDB trial: Defence accuses Amhari of working with Jho Low from the startKUALA LUMPUR: The defence and a witness for the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) trial clashed at the High Court here when the witness was accused of working with fugitive financier Low Taek Jho to defraud 1MDB.
Read more »
Bekas pembantu nafi simpan dokumen 1MDB, Jho Low sebagai 'insuran'Amhari Efendi Nazaruddin berkata dia tak perasan arahan daripada ahli perniagaan itu meminta dokumen-dokumen berkenaan dihancurkan. FMTNews
Read more »
Najib fully backed Jho Low in 1MDB operations, says witness | The Malaysian InsightFugitive financier had former PM’s trust and support, says Amhari Efendi Nazaruddin.
Read more »
Ex-1MDB CEO raised concerns about Jho Low's credibility to Najib, says ex-aideNajib's former special officer Amhari Efendi Nazaruddin says former 1MDB CEO Arul Kanda Kandasamy raised these questions during a meeting at the former prime minister's home.FMTNews
Read more »




