A social media celebrity known as Tuan Hutan shares his knowledge and experience on hiking and forest entry, including criticizing some hikers for neglecting basic safety equipment.
Selebriti media sosial yang dikenali sebagai Tuan Hutan tampil berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai aktiviti mendaki serta memasuki hutan, termasuk menegur sikap segelintir pendaki yang didakwa mengabaikan kelengkapan asas keselamatanperkongsian yang tular di media sosial oleh Tuan Hutan menjelaskan terdapat empat barangan yang dianggap paling penting untuk dibawa ketika menjalankan aktiviti hiking iaitu parang atau pisau, sarung tanganMenurutnya, parang atau pisau merupakan antara peralatan paling penting yang perlu ada dalam setiap perjalanan memasuki hutan.
"Parang atau pisau adalah barang yang paling penting sekali untuk ada dalam setiap perjalanan masuk hutan,"Beliau turut menjelaskan penggunaan sarung tangan dan topi bukan sekadar untuk keselesaan, sebaliknya berfungsi melindungi anggota badan tertentu Katanya, tapak tangan, kaki, celah kangkang dan ubun-ubun kepala perlu sentiasa berada dalam keadaan panas bagi mengelakkan masalah kesihatan serta perkara yang tidak diingini berlaku ketika berada di dalam hutan. "Tempat-tempat ini perlu sentiasa panas. Sejuk akan menyebabkan kesusahan nanti.
Akan ada penyakit dan mungkin perkara yang tidak baik berlaku,"Dalam masa sama, Tuan Hutan turut menegur trend sesetengah pendaki yang memakai kasut sukan biasa semata-mata kerana faktor penampilan. Menurutnya, ramai menganggap kasut tersebut kelihatan menarik, tetapi gagal memberi perlindungan dan tahap keselamatan yang diperlukan ketika melalui laluan mencabar di hutan.
Selain kelengkapan, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu bergantung kepada mi segera sebagai bekalan utama ketika mendaki Jelasnya, mi segera hanya sesuai dijadikan makanan untuk mengalas perut dan bukannya sumber tenaga utama sepanjang aktiviti lasak tersebut.
"Ramai yang masuk hutan sediakan mi segera. Mi segera bukan sumber makanan yang perlu diperbanyakkan kerana ia hanya untuk melapik lapar sahaja, bukan memberi tenaga kepada hiker,"Malah, beliau berseloroh meminta ketua kumpulan menegur mana-mana ahli yang membawa terlalu banyak mi segera atau gagal menyediakan kelengkapan keselamatan asas.
"Kalau pergi berkumpulan, periksa semua ahli. Kalau dia bawa mi segera banyak, marah dia. Kalau tak ada parang, glove , topi, kasut yang sesuai serta kit perubatan, marah dia juga,"Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang bersetuju bahawa aspek keselamatan dan persediaan perlu diberi keutamaan berbanding gaya ketika melakukan aktiviti mendaki dan meneroka hutan.
Hiking Forest Entry Safety Equipment Basic First Aid Outdoor Activities
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
UK PM Starmer set to ban 'harmful' social media for under-16sGold prices extended losses on Monday on rising fears of a U.S. rate hike after a strong jobs report, while renewed hostilities in the Middle East pushed oil prices higher and fanned inflation concerns.
Read more »
Epidemiologists to Monitor Wastewater and Social Media for World Cup SafetyEpidemiologists will monitor wastewater and social media to detect and track infectious diseases during the World Cup, one of the largest mass gatherings ever anticipated.
Read more »
Trump floods social media with AI memes in ‘strategic distraction’ ahead of midtermsWASHINGTON, June 9 — From handcuffed extra-terrestrials to an orbital missile command centre — US President Donald Trump is unleashing a relentless stream of AI-generated...
Read more »
Orang Asli Leaders File Police Reports Over Viral Slander on Social MediaVillage heads and indigenous representatives from three districts have lodged police reports against a social media user who published false allegations about a Tok Batin's involvement in a hiker's rescue. The claims suggested the Tok Batin concealed the missing woman and intended to marry her, which the community has condemned as a damaging insult to their leadership and dignity.
Read more »




