Beyond the Breaking News

SK Jeneri wakili Kedah program PPDa

United States News News

SK Jeneri wakili Kedah program PPDa
United States Latest News,United States Headlines

Sik SK Jeneri, Sik, Kedah terpilih mewakili negeri itu ke pertandingan peringkat kebangsaan bagi program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Oktober ini.

Sekolah itu menyertai pertandingan bagi kategori bilik sumber PPDa manakala Sekolah Kebangsaan Kedawang, Langkawi yang turut terpilih memasuki kategori laluan PPDa. Berikutan itu, SK Jeneri kini giat mengindahkan bilik sumber selain kawasan persekitaran dengan melukis mural di dinding bangunan sekolah selain membina landskap di laman sekolah.

Penolong Kanan Pentadbiran sekolah itu, Asri Ahmad, 51, berkata, bagi merealisasikan tujuan itu, sekolah berkenaan turut bekerjasama dengan Institut Kemahiran Mara Sik serta pelbagai agensi kerajaan. Katanya, antara agensi kerajaan yang turut membantu ialah Pejabat Daerah Sik, Agensi Antidadah Kebangsaan , polis serta Angkatan Pertahanan Awam . Menurutnya, lebih 130 murid dan pelajar IKM terbabit dalam menyiap dan mengindahkan bilik sumber, lukisan mural serta landskap.“Selain itu program ini dapat menjalin hubungan dengan pihak luar sebagai salah satu khidmat sosial,” katanya. Bilik sumber yang dipertandingkan pada program PPDa peringkat kebangsaan bulan depan. FOTO Ihsan Asri Ahmad Menurutnya, lebih 700 murid sekolah itu turut menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan seperti membina replika, melukis serta mewarna poster berkaitan dadah dan sukaneka. “Guru Besar sekolah ini, Azahari Abdullah berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini terutama IKM Sik yang menjadikan sekolah ini sebagai anak angkat mereka.Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 September 2019 @ 9:21 PM

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Empat kaki pancing terdampar di pulau di Yan, diselamatkanEmpat kaki pancing terdampar di pulau di Yan, diselamatkanKUALA KEDAH 16 Sept. - Empat orang kaki pancing berdepan detik cemas apabila terdampar di sebuah kawasan berbatu setelah bot dinaiki mereka mengalami kerosakan di Pulau Tukun Terendak, Yan di sini, semalam.
Read more »

Classroom of the futureClassroom of the futureTHE classroom is sometimes seen as a place of rote learning, where the teacher stands and talks while students sit at their desks and listen.
Read more »

Anwar says has no issue with Azmin attending Bersatu programme | Malay MailAnwar says has no issue with Azmin attending Bersatu programme | Malay MailKUCHING, Sept 16 — PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim today brushed aside speculations questioning PKR deputy president Datuk Seri Mohamed Azmin Ali’s loyalty to the party, following the latter’s recent appearance at a Bersatu event. Anwar added that there were many other PKR leaders...
Read more »

Pertandingan cegah dadah platform terbaik didik pelajarPertandingan cegah dadah platform terbaik didik pelajarSIK 17 Sept - Pertandingan Bilik Sumber/Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah menerusi Program Pendidikan Pencegahan Jenayah (PPDa) anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), menjadi satu platform terbaik bagi mendidik para pelajar mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, sekali gus mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala itu.
Read more »

Muhyiddin bangkit semula program pengecualian visa AS buat rakyat Malaysia | The Malaysian InsightMuhyiddin bangkit semula program pengecualian visa AS buat rakyat Malaysia | The Malaysian InsightMenteri Dalam Negeri berkata beliau turut membangkitkan supaya perkara itu dipanjangkan ke peringkat lebih tinggi pentadbiran Amerika Syarikat,
Read more »

Selangor Syariah Court registers 24,063 divorce cases in 2017 and 2018Selangor Syariah Court registers 24,063 divorce cases in 2017 and 2018State gov't intends to establish various programmes to restore the institution of the family, says MB.
Read more »



Render Time: 2026-06-10 16:14:01