TAWAU: Seramai 28 warga asing direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis, bagi membantu siasatan berhubung sindiket penipuan pelaburan saha
TAWAU: Seramai 28 warga asing direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis, bagi membantu siasatan berhubung sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian tidak wujud yang menyasarkan warga Korea Selatan, dipercayai beroperasi di empat banglo mewah di daerah ini.
Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia antara 21 hingga 51 tahun, termasuk dua wanita, dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin. AdvertisementKetua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata kesemua suspek terdiri daripada 27 warga China dan seorang wanita warga Vietnam yang ditahan dalam serbuan kira-kira jam 9.20 pagi di empat banglo mewah di Bandar Sri Indah , Batu 10, Jalan Apas.
Beliau berkata serbuan dilakukan oleh pasukan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau bersama Strike Team dan Task Force Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam . SPONSORED CONTENT Cosmobeauté expands into Borneo with debut festival in KK Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre from May 25 to 26.
Read more Dalam operasi itu, polis merampas 33 telefon bimbit, tiga komputer riba dan dua set modem internet yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan. Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan memasuki Sabah dan dipercayai menjalankan kegiatan penipuan pelaburan saham dalam talian menggunakan beberapa platform aplikasi pesanan segera, dengan menjadikan warga Korea Selatan sebagai sasaran utama. Advertisement Menurutnya, sindiket itu turut dipercayai menjadikan lokasi serbuan sebagai pusat operasi, tempat latihan, penginapan dan kawasan rehat ahli sindiket.
Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merakam percakapan semua suspek, mengesan saki-baki ahli sindiket yang masih bebas serta mengenal pasti rangkaian kegiatan mereka. Advertisement Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan penahanan 80 warga asing, termasuk 78 warga China, di sebuah premis pusat peranginan di Tawau pada April lalu kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan. Mereka dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian berskala antarabangsa dengan menyamar sebagai polis China dan menyasarkan warga Amerika Syarikat berketurunan Cina.
Sebutan semula kes mereka ditetapkan pada 25 Mei ini di bawah pertuduhan Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 120B Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama kerana didakwa mempunyai niat bersama dalam pakatan jenayah untuk memperdaya mangsa dalam penipuan insurans. Sebanyak 23 daripada mereka turut didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen pengenalan diri yang sah, manakala seorang lagi didakwa mengikut Seksyen 15 akta sama kerana tinggal lebih masa di negara ini.
News Newspaper Headlines Malaysia Borneo Local National Business Sport Mobile
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Two men charged with trafficking in over 130kg drugs in TawauMELBOURNE: Oil prices fell for a second day on Wednesday on expectations bottled up supply from the key Middle East producing region could resume flowing after U.S. President Donald Trump indicated a possible peace deal may be reached to end the war with Iran.
Read more »
Tuition teacher admits to repeated rape of daughter in TawauMELBOURNE: Oil prices fell for a second day on Wednesday on expectations bottled up supply from the key Middle East producing region could resume flowing after U.S. President Donald Trump indicated a possible peace deal may be reached to end the war with Iran.
Read more »
Moneylender and Runner Charged With Trafficking Syabu in TawauA 51-year-old moneylender and a 35-year-old runner were charged in Tawau for allegedly trafficking over 130kg of syabu. The duo faces potential death or life imprisonment under the Dangerous Drugs Act 1952.
Read more »
Teen arrested in Tawau over obscene TikTok messages to female studentMay 6 (Reuters) - Elon Musk's SpaceX said on Wednesday it has signed a deal to give Anthropic access to Colossus 1, a massive AI supercomputer, bringing together two of the most prominent players in the artificial intelligence race.
Read more »




