Satu sindiket curi kenderaan dikenali sebagai Geng Ah Beng tumpas selepas polis menahan 10 individu dalam beberapa siri Operasi Lejang Mewah di Perak, Pahang, Kedah dan Johor pada 17 hingga 22 Jun lalu.
GOMBAK: Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, sindiket itu dipercayai aktif di sekitar Lembah Klang, Johor, Perak dan Pahang sejak April lalu dengan menyasarkan kenderaan mewah di kawasan perumahan.
“Kami percaya alat khas berkenaan yang melumpuhkan sistem keselamatan elektronik dalam kenderaan mewah terbabit dipercayai diperolehi dari negara luar,” katanya. Jelas beliau, kenderaan itu kemudian dijual di negara jiran melalui orang tengah pada harga antara RM7,000 hingga RM25,000. “Dengan penahanan ini berjaya menyelesaikan 23 kes curi kenderaan membabitkan tujuh kes di Selangor dengan empat daripadanya dilaporkan di Gombak, Johor , Kuala Lumpur , Perak dan Pahang .
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Parkir punya hal, Mat Salih terpaksa berterus terang ‘benci’ kereta Kancil... rekaannya satu penyeksaan psikologi - Viral | mStarANDREW Martin sering mengalami situasi itu di tempat letak kereta di pusat beli-belah.
Read more »
Mercedes-Benz lancar Autohaus di Setia AlamCawangan Hap Seng Star Setia Alam baharu ini menampilkan ciri baharu penambahbaikan dan naik taraf yang merangkumi konsep pengalaman runcit yang mewah untuk pelanggan.
Read more »