Jerebu merentas sempadan, isu yang berulang di rantau ini, dijangka menjadi satu daripada topik utama dibincangkan pada KLSS.
: Jerebu merentas sempadan, isu yang berulang di rantau ini, dijangka menjadi satu daripada topik utama dibincangkan pada Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur yang pertama kali diadakan dari 14-16 Okt depan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata KLSS yang diadakan bersempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia tahun ini, akan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan utama dari negara anggota ASEAN bagi mempercepatkan langkah tindakan iklim serantau. “Jerebu merentas sempadan juga dibincangkan secara akitf di platform ASEAN. Kita juga ingin melakukan beberapa perkara berhubung isu tersebut pada mesyuarat ASEAN tahun ini, jadi saya rasa itu antara isu yang akan kita bincangkan semasa KLSS nanti.
“Dengan matlamat untuk menghasilkan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Daya Tahan Iklim, KLSS berhasrat menjadikan bandar raya ini sebagai platform utama bagi membincangkan daya tahan iklim pada masa hadapan,” katanya pada sidang media selepas prapelancaran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2025 dan KLSS di sini hari ini.
Nik Nazmi berkata KLSS yang akan menampilkan ketua-ketua pemikir dari seluruh rantau ASEAN dan Asia Pasifik, meliputi aktiviti seperti podcast, ucaptama serta perbincangan panel dan meja bulat yang kesemuanya memfokus kepada strategi boleh laksana yang mampu memberi impak di peringkat tempatan, serantau dan global.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Aidilfitri: Lebih 80,000 kenderaan dijangka masuk TerengganuWaktu kemuncak kesesakan dijangka berlaku pada 29 dan 30 Mac ini.
Read more »
Johor Port lancar rangka kerja dan pelan hala tuju kelestarianPETALING JAYA: Johor Port Berhad (Johor Port), ahli kumpulan MMC, melancarkan Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian bagi meminimumkan kesan alam sekitar, menggalakkan amalan perniagaan beretika dan menyumbang secara positif kepada komuniti tempat operasinya.
Read more »
Malaysia perkukuh perpaduan, integrasi ekonomi ASEANMalaysia menegaskan komitmennya dalam memperkukuhkan perpaduan dan integrasi ekonomi ASEAN menerusi tema Inklusiviti dan Kelestarian.
Read more »
DEWAN NEGARA: Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar Mei iniKUALA LUMPUR: Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 kini dalam fasa akhir untuk dimuktamadkan dan akan dilancarkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 Mei ini.
Read more »
Sidang DUN Selangor: Penggunaan air perkapita naik 260 liter sehariPenggunaan air bagi setiap individu di Selangor direkodkan sebanyak 260 liter, sehari iaitu 40 liter lebih tinggi berbanding kebangsaan.
Read more »
PM gesa NRES beradaptasi dengan teknologi terkiniPerdana Menteri menggesa supaya Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengadaptasi penggunaan teknologi terkini supaya ia dapat dimanfaatkan supaya Malaysia menjadi sebuah negara yang memberi fokus kepada pemeliharaan alam sekitar.
Read more »