Kawasan peranginan tersebut akan dibuka setelah semua kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf selesai dilakukan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, kawasan peranginan tersebut akan dibuka setelah semua kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf selesai dilakukan.“Bukit Larut hanya boleh dibuka semula setelah pihak Jabatan Kerja Raya melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan serta cerun bukit.
“Projek dijangka siap pada 2025 dan jalan boleh dibuka semula kepada orang awam pada 2026,” katanya ketika menjawab soalan lisan Ong Seng Guan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini. Katanya, Bahagian Pengurusan Bukit Larut yang menguruskan kawasan itu di bawah Majlis Perbandaran Taiping tetap menjalankan tugasan rutin dari segi kebersihan dan penjagaan persekitaran.
Sementara itu menjawab soalan tambahan Berhanudin Ahmad berhubung polisi dan kawalan kerajaan negeri terhadap pembukaan aktiviti rekreasi dan penginapan di bukit-bukit dan tanah tinggi milik persendirian, Sze Yee berkata, kebanyakan lokasi pelancongan itu berada di luar kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan .
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sidang DUN Perak: Sistem Reban Tertutup dikuatkuasa 1 Januari 2026 atasi masalah lalatKerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga telah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah kacau ganggu lalat dengan penguatkuasaan Enakmen Perladangan Unggas Negeri Perak 2005 dan Peraturan-Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas…
Read more »
Sidang DUN Perak: Abdul Aziz cabar Ketua PembangkangBekas Ketua Pembangkang, Dr. Abdul Aziz Bari (PH-Tebing Tinggi) menegur Ketua Pembangkang DUN negeri yang baharu, Razman Zakaria (PN- Gunung Semanggol) kerana tidak memainkan peranan secara konstruktif pada Persidangan DUN Perak yang pertama diadakan selepas perubahan kerajaan negeri.
Read more »
Sidang DUN: Keluasan hutan simpan kekal di Perak 47 peratusPerak mempunyai 986,862.44 hektar Hutan Simpan Kekal (HSK) atau 47 peratus daripada keluasan tanah negeri.
Read more »
Sidang DUN Perak: Tiada bayaran premium tanah secara ansuranKerajaan negeri tidak berhasrat melaksanakan pembayaran premium tanah secara ansuran meskipun terdapat permintaan bagi tujuan itu.
Read more »
Bukit Bendera funicular train service disrupted due to leak in track brake hoseGEORGE TOWN: The Bukit Bendera funicular train service here was disrupted for several hours on Sunday (Dec 25) due to a leak in the track brake hose.
Read more »