Tidak berbaloi dipersenda kerana pimpinan PN seperti tak endahkan soal peruntukan Ahli Parlimen pembangkang.
Khlir Mohd Nor tidak pun perlu pengenalan lanjut sebagai Ahli Parlimen penggal pertama mewakili Ketereh. Hanya dua atau tiga kali tampil berdiri dalam sidang Dewan Rakyat, ahli yang berhormat Perikatan Nasional itu harus sudah dikenali ramai atas sebab-sebab yang mungkin tidak dirancangnya.
Dibandingkan dengan wakil Hulu Langat Mohd Sany Hamzan, juga seorang Ahli Parlimen penggal pertama yang serta-merta dikenali kerana sering berbuat bising menyanggah hujah wakil pembangkang ketika sidang Dewan, Khlir lazimnya banyak berdiam diri dengan alasannya: “Saya tak pandai cakap.” Tapi beliau menunjukkan sisi berbezanya apabila diganggu ketika berucap.
“Orang sakit saya pergi melawat, orang kahwin saya kena pergi melawat, jadi duit mana saya nak pakai? . Apa berhenti? Jadi saya berharap sangatlah kepada YB Tambun dengarlah rayuan saya ni, kalau boleh bulan ni dah masuk dah duit peruntukan untuk kami semua,” katanya. “Saya bangkitkan itu hari, mungkin saya tak pandai nak bercakap. Cakap mungkin pasal nak pergi melawat orang mati apa semua sekali. Tapi maksud saya, saya perlukan peruntukan untuk Ahli Parlimen, yang pertama sekali untuk maintain pusat khidmat, kemudian saya juga membuat aktiviti lain,” katanya.
“Ini tak payah sain dan bincang… kata ini hak kami, ini bukan hak Ahli Parlimen. Runding setuju kita luluskan, kalau tak sampai bila-bila pun kita tak luluskan. Runding jangan sombong dan angkuh tuntut,” kata Anwar yang juga menteri kewangan dengan menempelak bahawa Parlimen Ketereh menerima peruntukan pembangunan 61 projek persekutuan bernilai RM 2.12 juta.
Bolehlah diandaikan bahawa Ahli Parlimen pembangkang berasakan peruntukan wakil rakyat itu adalah hak mereka tanpa perlukan sebarang rundingan di sebalik mereka turut sama menyokong kaedah itu ketika berada di pihak kerajaan di bawah pentadbiran Ismail Sabri.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Muzakarah perkuatkan pegangan Ahli Sunah Wal JamaahPenganjuran Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada tahun ini merupakan usaha berterusan supaya umat Islam terus kukuh berpegang kepada manhaj Ahli Sunah Wal Jamaah.
Read more »
Parlimen: Kerajaan akan lantik ahli panel tribunal antigangguan seksualAkta Antigangguan Seksual 2022 secara rasmi ditubuhkan selepas JPA meluluskan perjawatan bagi badan itu semalam.
Read more »
Peras ugut ahli perniagaan RM1.8 juta, lelaki ditahanSumber berkata mangsa lambat membuat laporan polis kerana diugut dan dalam trauma selepas kejadian itu.
Read more »
Ahli parlimen PH-BN celaru, kejap sokong, berlakon peduli – Wan Saiful“Pelik juga saya lihat Ahli Parlimen PH-BN boleh sokong dengan mudah, seolah-olah mereka ambil berat hal ini...berlakon peduli.
Read more »
Remaja 17 tahun antara ahli sindiket tipu pelaburan dalam talian ditahanRemaja 17 tahun antara ahli sindiket tipu pelaburan dalam talian ditahan
Read more »