“Setiap satu telinga mengambil masa antara dua hingga tiga jam untuk dibedah. Lebih kecil bayi, lebih mencabar. Pembedahan dijalankan di bawah mikroskop bagi memastikan...'
Pasukan pembedahan implan koklea Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia melakar sejarah apabila berjaya melakukan pembedahan berkenaan ke atas bayi termuda di Asia Tenggara.
Pakar Perunding Kanan Otorinolaringologi HUKM, Prof. Dr. Goh Bee See yang mengetuai pembedahan itu berkata, pembedahan rumit dan mencabar itu berjaya mengatasi rekod pembedahan bayi termuda berusia lebih tujuh bulan yang pernah dipegang oleh Singapura sebelum ini. Bagi Ming Huen, struktur telinganya adalah normal tetapi telinga dalam tidak berfungsi, menyebabkan bunyi tidak sampai ke otak di bahagian pendengaran.Sebelum pembedahan dilakukan, bayi perlu menjalani terapi audiologi dan pertuturan secara intensif.
“Saiz alat pendengaran ini juga boleh digunakan untuk semua lapisan usia kerana sebenarnya struktur koklea kita tidak berubah sejak dilahirkan,” katanya. “Sebenarnya telinga sudah mula berfungsi sejak usia lima bulan dalam kandungan ibu dan sudah boleh mendengar pada kehamilan enam bulan. Sepatutnya sebaik saja lahir, bayi sudah boleh mendengar.
“Ramai ibu bapa menganggap anak masih kecil dan tidak mengapa jika tidak mendengar atau bertutur. Hakikatnya tidak dapat mendengar adalah satu ‘kecemasan perkembangan neuro’.Ia kini lebih kecil dan tidak begitu menonjol apabila dipakai berbanding sebelum ini. “Selepas sehari melahirkannya di hospital, kami dibenarkan pulang ke rumah walaupun ujian saringan pendengarannya tidak lulus. Masa itu tidak terfikir apa-apa pun yang buruk. Tambahan pula, kakitangan hospital menjelaskan mungkin ada air di dalam telinga Ming Huen menyebabkan dia tidak dapat mendengar.
Menurut juruaudio, anaknya boleh memakai alat bantu pendengaran tetapi ia tidak begitu membantu kecuali menjalani pembedahan implan koklea. Namun katanya, dia perlu bersabar demi membiasakan anaknya mendengar sesuatu bunyi supaya tidak terperanjat selepas menjalani pembedahan kelak.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PM concerned over bankruptcy among youths, to hold talks with BNM governorIn view of the situation, the prime minister said he will hold discussions with Bank Negara Malaysia governor Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus on measures to curb the problem. theSun theundaily BNM bankrupts DOSM youths
Read more »