serdang Seorang lelaki cedera di bahagian kepala selepas dipukul dalam kejadian samun di Pusat Bandar Puchong, di Serdang, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa berada di tempat kerjanya di pusat pameran kereta.
“Mangsa secara tiba-tiba didatangi dua lelaki sebelum diserang. Seorang daripadanya bersenjata besi panjang. “Suspek kemudian merampas beg milik mangsa yang mempunyai dokumen kerja sebelum melarikan diri ke luar pusat pameran berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini. Ismadi berkata, mangsa bernasib baik apabila dua anggota polis dari Balai Polis Puchong Jaya yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan berjaya menahan kedua-dua suspek.
“Hasil siasatan polis berjaya menahan seorang lagi suspek di Kuala Lumpur. Siasatan mendapati motif kejadian dipercayai dendam dalam urusan perniagaan.Katanya, dua daripada suspek direman sehingga 3 Februari ini bermula 25 Januari lalu dan seorang lagi rakan sejenayah mereka direman sehingga 4 Februari.Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 6:02 PM
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tentera AS alami kecederaan otak susulan serangan peluru berpanduIa disebabkan serangan peluru berpandu balistik Iran ke atas pangkalan udara Iraq pada 8 Jan lalu. FMTNews AS Iran
Read more »
NACSA tangani serangan siberAGENSI Keselamatan Siber Negara (NACSA) membangunkan Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber (PIKKS) sebagai langkah menghadapi serangan siber.
Read more »
China diserang koronavirus, Afrika Tengah diserang jutaan belalangAwal tahun ini, banyak negara diserang masalah besar yang memberi kemudaratan kepada masyarakat seperti di China dengan koronavirus dan Afrika Tengah pula dengan serangan jutaan belalang gurun. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Bergelut keluar 'cengkaman' babiKualamuda “Babi tunggal itu sangat besar dan mempunyai empat taring,” kata Shahrin Shariff, 47, menceritakan mengenai insiden serangan babi hutan, semalam yang menyebabkan dia dan bapa serta adiknya cedera.
Read more »
Mati dalam bilik motelkuching Seorang lelaki ditemui mati di dalam bilik sebuah motel di Jalan Song Thien Cheok di Kuching, hari ini dipercayai akibat serangan jantung.
Read more »
Mayat mangsa serangan buaya ditemuilimbang Mayat lelaki ditemui dengan kedua-dua belah kaki dan tangan kanannya hilang ditemui terapung di Sungai Limbang, berhampiran tanah perkuburan Batu Miris, di Limbang.
Read more »