Sepang, Nilai risiko kebakaran hutan

Malaysia News News

Sepang, Nilai risiko kebakaran hutan
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 21 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 12%
  • Publisher: 51%

seremban Dua kawasan berkenaan sering dilaporkan terbakar setiap tahun.

Sepang, Nilai risiko kebakaran hutan GAMBAR hiasan [email protected] SEPANG, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan berisiko tinggi berlaku kebakaran hutan terutama ketika musim panas. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia , Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, dua kawasan berkenaan sering dilaporkan terbakar setiap tahun. Beliau berkata, JBPM mengkategorikan ia sebagai kawasan berisiko berlaku kebakaran dan menempatkan anggota bersedia di kawasan itu sepanjang cuaca panas ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM 2018 di JBPM Negeri Sembilan di Seremban hari ini. Turut hadir Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Norazam Khamis. Selain itu, Mohammad Hamdan berkata, bomba seluruh negeri bersiap sedia menghadapi cuaca panas dan menasihati orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines



Render Time: 2025-02-28 12:35:24