Difahamkan, semua mangsa lelaki berusia 20-an dan 40-an adalah warganegara Indonesia yang dalam perjalanan dari arah Sitiawan menuju ke Beruas.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, pemandu kereta jenis Proton Iswara itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala tiga rakannya dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan.
Kemalangan itu menyebabkan kereta tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, bumbung dan cermin hadapan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.22 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar bergegas ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi, didapati sebuah kereta telah terbabas ke dalam parit dan seorang disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak perubatan manakala tiga lagi cedera. “Anggota melakukan kerja penyelamatan menggunakan peralatan Res-Q dan pengusung dengan mangsa yang cedera diberi rawatan awal sebelum dihantar menaiki ambulan ke HSM,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.Beliau menjelaskan operasi yang diketuai Pemangku Penyelia BBP Ayer Tawar, Shahril Che Halim itu tamat sepenuhnya pada pukul 8.15 pagi. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
What You Should Know About ‘Next-Gen’ Witcher 3’s New Casting SystemHere's how to use the new Signs system included in the gorgeous new 'next-gen' update
Read more »
In 2022 The Pokémon Franchise Finally Began To Evolve Beyond NostalgiaWhile the games are struggling with new ambition, at least the franchise is trying something new
Read more »
Seorang lagi mangsa tanah runtuh belum ditemukan, kata polis | The Malaysian InsightPolis sahkan jumlah rasmi dan sebenar mangsa terlibat adalah seramai 92, dan bukannya 94 orang sebagaimana diumumkan sebelum ini.
Read more »
44 kampung di Terengganu berisiko banjir ekoran air pasang besar | The Malaysian InsightIni kerana ia berdekatan muara sungai dan pantai yang diramal berlaku mulai esok.
Read more »