yan Seorang maut manakala lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Titi Batu, Batu 18
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.23 petang.
Beliau berkata, seramai lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Cempedak bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian."Pemandu kereta Proton Iriz dipercayai lelaki berusia 31 tahun didapati tersepit di tempat duduk dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, seorang penumpang Proton Iriz cedera parah, manakala pemandu dan penumpang hadapan Proton Iswara parah akibat tersepit.Beliau berkata, bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas. "Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Yan menggunakan kenderaan EMRS Bomba, ambulans dan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis lumpuhkan sindiket seludup rokok di Batu Pahatbatupahat Polis merampas 1800 karton rokok seludup dan tiga kenderaan dengan nilai rampasan dianggarkan RM427,160 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bindu, Tongkang Pecah, Batu Pahat, 12.30 tengah hari ini.
Read more »
Dijemput ajal selepas 5 hari bertarung nyawataiping Seorang wanita yang kemalangan selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lembu melintas jalan di Batu 14, Jalan Ulu Sepetang-Redang Panjang di Taiping, Ahad lalu, meninggal dunia selepas lima hari bertarung nyawa.
Read more »
Anggota bomba maut kemalanganipoh TIMBALAN Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuala Kangsar-Sungai Siput berdekatan Taman Seri Klebang di Ipoh, hari ini.
Read more »
Kemalangan akibat pemandu mabuk?melaka Dalam video berdurasi satu minit 10 saat itu, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot dilihat ditumbuk oleh beberapa individu selepas didakwa menyebabkan kemalangan akibat memandu dalam keadaan mabuk
Read more »
Padah mabuk, lelaki Myanmar maut ditikambukitmertajam Lelaki Myanmar maut ditikam rakan senegara di sebuah rumah kedai dua tingkat yang dijadikan asrama pekerja dekat Kampung Juru, Bukit Mertajam, tengah malam tadi.
Read more »
Lima remaja dituduh rogol gadis bawah umurayerkeroh Lima remaja lelaki termasuk tiga bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas tuduhan merogol secara berkumpulan dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan 16 tahun, Mac lalu.
Read more »