Terminal Jeti Kuala Kedah beroperasi semula hari ini selepas ditutup bermula dari 6 September hingga 19 September lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Kuala Kedah.
ALOR SETAR: Seorang individu dihalang memasuki Terminal Jeti Kuala Kedah bagi menaiki feri ke Pulau Langkawi kerana suntikan dos vaksin Covid-19 belum capai tempoh matang 14 hari, hari ini.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ketika pemeriksaan dokumen penumpang di pintu masuk terminal mendapati individu tersebut belum capai tempoh matang vaksinasi. “Individu tersebut dihalang memasuki terminal bagi tujuan ke Langkawi kerana tidak mengikuti prosuder operasi standard ditetapkan iaitu lengkap vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, secara keseluruhan, pengurusan perkhidmatan feri ke Langkawi hari inj berjalan dengan lancar dan terkawal mengikut SOP ditetapkan. – UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bekalan vaksin tersedia bagi individu berubah fikiran - Utusan DigitalMalah orang ramai yang belum mendapatkan suntikan vaksin tidak perlu khuatir kerana bekalan vaksin masih mencukupi untuk memastikan kadar imuniti kelompok penduduk di sesuatu kawasan tercapai.
Read more »
Pasangan kekasih dikompaun di Pantai Puteri - Utusan DigitalSuntikan vaksinasi mereka dikesan belum melepasi tempoh matang 14 hari.
Read more »
[PARLIMEN] Tempoh pelaporan kes kematian Covid-19 mesti dibuat dalam tempoh 48 jam - Utusan Digital[PARLIMEN] Tempoh pelaporan kes kematian Covid-19 mesti dibuat dalam tempoh 48 jam
Read more »
Lebih 18 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19 | The Malaysian InsightSebanyak 93.3% atau 21,847,551 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Read more »
Penjara Bentong lengkap suntikan vaksin Covid-19 - Utusan DigitalAntara yang terawal di negara ini melengkapkan suntikan berkenaan.
Read more »
RMK-12 perlu tumpu pembangunan vaksin - Utusan DigitalKalau ada vaksin sendiri tak perlu bergantung lagi kepada negara lain.
Read more »