wm Dilahirkan sebagai individu kerdil namun semangat dan kewibawaannya menutup ‘kekurangan’ dimiliki bahkan turut membuktikan dia mampu berdiri sama tinggi dengan individu berfizikal normal.
Mengenali figura hebat, Dr Ruziah Ghazali memberi suntikan semangat buat penulis bahawa setiap individu mampu melakar kejayaan asalkan mempunyai jati diri dan sikap positif tanpa mengenal erti putus asa.
Mula terbabit aktif dalam aktiviti kemasyarakatan sejak di universiti, Dr Ruziah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya sejak tahun pertama di universiti itu. “Kali pertama terbabit dalam khidmat masyarakat menerusi program anak angkat di Kampung Durian Daun, Simpang Pertang, Negeri Sembilan sebagai peserta serta memberi motivasi kepada pelajar di kampung terbabit.
Menurut wanita berusia 56 tahun ini, dia menawarkan khidmat perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan sejak 1991 malah bergiat aktif dengan aktiviti Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia dan seterusnya menjadi Ahli Jawatankuasa Persatuan peringkat Wilayah Persekutuan, dan pada 1993 menjadi AJK Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia sehingga Mac tahun lalu.
“Ia memberi kesan mendalam apabila kita juga dapat merasai apa yang golongan memerlukan ini lalui. Apabila selesai ceramah pula biasanya ramai yang datang berjumpa atau berhubung semula meminta khidmat nasihat untuk pelbagai masalah dalam hidup mereka. Selain itu katanya, dia begitu cintakan ilmu hingga ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, dia mengikuti pelbagai kursus dan seminar berkaitan pelbagai disiplin ilmu sama ada berbayar atau percuma.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Bukti OKU hebatgombak “Kekurangan bukan penghalang untuk saya berjaya malah saya jadikan sebagai pembakar semangat untuk buktikan golongan kurang upaya juga setanding mereka yang normal,” kata Muhammad Arham Syafiq Mohd Puzi, 23.
Read more »
Elaun ahli majlis tak boleh diselaras kerana ada PBT tak mampu, kata ZuraidaKenaikan elaun tertakluk pada kapasiti PBT, bukan melalui kementerian. FMTNews Zuraida
Read more »
Sibuk urus negara, tak sempat periksa akaun bank, kata Najib | The Malaysian InsightNajib juga kata tak tahu tentang had perbelanjaan kad kreditnya dan pinjaman dari Arab Saudi pada perbicaraan SRC International minggu ini.
Read more »
WhatsApp minta tolong sebelum meninggalsegamat “Cepat sikit (datang bantu), aku tak larat,” mesej terakhir daripada Mohd Nasir Abdullah, 54, yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp, sebelum dia ditemui meninggal dunia.
Read more »
Penduduk luar bandar tak hirau larangan merokok, kata pengusaha restoranPenduduk yang tinggal di kawasan luar bandar tidak menyedari larangan merokok, tidak seperti mereka yang tinggal di kawasan bandar. FMTNews DilarangMerokok
Read more »
Kesal pencemaran air tak berkesudahanbangi Penduduk kesal ada pihak mengambil jalan mudah membuang sisa kimia sehingga menyebabkan pencemaran air kembali berulang.
Read more »