Ketua Mahkamah Perlembagaan Indonesia Anwar Usman menjelaskan keputusan semakan kehakiman mengenai had umur minimum calon presiden
Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pertanyaan wartawan mengenai semakan untuk menurunkan had umur calon presiden dan timbalannya yang dijadualkan dibacakan oleh Mahkamah Perlembagaan pada Isnin depan.
“Kelmarin sudah diputuskan. Insya-Allah jika tiada halangan, sembilan hakim perlembagaan akan menghadiri sidang membacakan keputusannya pada 16 Oktober ini,” katanya.Mahkamah sebelum ini menerima tujuh permohonan semakan kehakiman yang menggesa had umur diturunkan kepada 35 tahun. Pembacaan keputusan itu dilakukan empat hari sebelum pendaftaran calon dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia pada 19 Oktober ini.
Jika permintaan menurunkan had umur dibenarkan, anak sulung Presiden, Joko Widodo yang kini memegang jawatan Datuk Bandar Solo, Gibran Rakabuming Raka boleh mara ke Pilihan Raya Presiden 2024. Gibran sebelum ini mengakui Pengerusi Parti Gerindra, Prabowo Subianto berkali-kali meminta beliau bergandingan dengannya sebagai calon timbalan presiden walaupun usianya baru mencecah 36 tahun.-AGENSI
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Belanjawan 2024: KBS mohon pelepasan cukai yuran latihanKementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap pengecualian cukai terhadap yuran latihan dalam aktiviti pembangunan sukan diberikan keutamaan
Read more »
Belanjawan 2024: Gapena harap peruntukan besar pembangunan Bahasa MelayuGapena turut mencadangkan mewujudkan kerusi Bahasa Melayu di universiti terpilih.
Read more »
Nadal poised for return at the 2024 Australian OpenThe 37-year-old has not competed since his second round exit from the same tournament this year.
Read more »
Belanjawan 2024: Kita dapat apa?Pembentangan belanjawan sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua pihak kerana mereka mahu tahu “Apa aku dapat”.
Read more »
Belanjawan 2024: Naik gaji supaya kuasa beli meningkatRata-rata mereka mengalami kekurangan pelanggan disebabkan kurang kuasa membeli.
Read more »
Budget 2024: Possible ways the government can help the middle classKUALA LUMPUR, Oct 12 — The Anwar administration has pledged to give more support to the country’s middle class under next year’s federal spending plan as concerns linger over...
Read more »