Selesaikan isu Covid-19, jangan sibuk nak tukar kerajaan, kata TKM Sabah
Timbalan Ketua Menteri Sabah Dr Joachim berkata tidak ada jaminan Covid-19 akan selesai selepas kerjaaan bertukar, oleh itu lebih baik utamakan kepentingan rakyat dengan bersama-sama menghentikan pandemik Covid-19 terlebih dahulu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Ogos, 2021.
PIHAK-PIHAK yang berkenaan diminta berhenti membuang masa dan usaha mereka dalam ‘permainan politik tukar kerajaan’ sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian terhadap langkah-langkah bagi menyelesaikan isu Covid-19, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Dr Joachim Gunsalam. Naib Presiden Parti Bersatu Sabah itu berkata tidak ada jaminan bahawa tindakan menukar kerajaan boleh menghentikan pandemik Covid-19 justeru adalah penting bagi kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah untuk terus berusaha menyelesaikan masalah virus berbahaya tersebut demi kesejahteraan penduduknya.
Bermula July 2018, akses bagi laporan penuh hanya untuk anda yang melanggan. Daftar sekarang dan nikmati satu minggu akses percuma!