KUALA LUMPUR 27 Feb. - Karya 'Selendang Merah Balukhali' oleh Sri Rahayu Mohd Yusop, 43, dinobatkan pemenang kategori Novel Remaja, pada majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2017 ke-33, hari ini.
Sri Rahayu dari Ampang membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 disampaikan Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nazri turut memenangi kategori Cerpen Remaja menerusi karya 'Dongeng Tonggak Sembilan dan Cerita Februari' bagi hadiah utama sebanyak RM2,500 dan hadiah penghargaan RM800 bagi kategori sama menerusi karya 'Hikayat Pesan Ibu' yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 27 Ogos 2017. Majlis penyampaian hadiah yang bertemakan Kesultanan Melayu itu, turut dihadiri lebih 1,000 hadirin, termasuk Sasterawan Negara Datuk Seri Abdul Samad Muhammad Said atau A. Samad Said dan artis tempatan.
Sementara itu, bagi kategori Cerpen Umum, tiga pemenang utama yang membawa pulang RM3,000 iaitu Saeed Zubeir Zahari dengan karya 'Kaki Hantu', Mohd Khairul Riza Tuan Mohd Yusop dengan karya 'Pak Husin, Bas Buruk, Calon YB dan Saya' serta Azman Ismail dengan karya 'Titis Hujan di Rakhine'.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
[VIDEO] Pasukan Caklempong Asis sambut tetamu HSKUKUALA LUMPUR 27 Feb. - Perkarangan Dewan Utusan meriah dengan persembahan caklempong dari murid-murid Sekolah Menengah Sains Alam Shah (Asis), Cheras, sempena Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) hari ini.
Read more »
HSKU iktiraf sasterawan, karyawan berbakatHADIAH Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) edisi ke-33, kini menghampiri kemuncaknya hari ini apabila majlis gilang gemilang bertemakan Kesultanan Melayu yang diadakan di Dewan Besar Utusan Melayu, bakal menobatkan 37 anugerah meliputi enam kategori iaitu cerpen media baharu, cerpen remaja, cerpen umum, puisi, rencana sastera dan novel remaja.
Read more »
HSKU terus julang dunia sasteraKUALA LUMPUR 27 Feb. - Bagai kembali ke zaman kegemilangan Kesultanan Melayu, begitulah rasanya berada dalam majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) Ke-33 di Dewan Utusan, di sini hari ini.
Read more »