Bercakap kepada Utusan Malaysia, penjual ayam, Asrul Nizam Mohd. Noor, 40, berkata, peniaga sanggup mengekalkan harga lama tanpa caj pemotongan sekiranya pihak penternak tidak menaikkan harga ayam.
ALOR GAJAH: Penjual ayam di Pasar Awam Masjid Tanah di sini sedia mengekalkan harga RM8.90 sekilogram, walaupun harga siling runcit ayam standard ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram berkuatkuasa 1 Julai.
“Sejak semalam saya tidak lagi mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan kerana harga ayam di peringkat penternak turun sehingga 70 sen sekilogram. Kalau naik 20 sen pun masih okay lagi, tapi kalau naik sehingga 70 sen atau RM1, saya akan ikut harga siling baharu. “Saya faham situasi pembeli yang tertekan dengan kenaikan harga barang. Sebab itu saya fleksibel dalam penetapan harga ayam dan caj perkhidmatan. Jika kos itu boleh diserap, saya akan kekalkan harga,” katanya ketika ditemui.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan harga siling runcit ayam standard ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia, berkuatkuasa 1 Julai selepas kerajaan mengambil keputusan tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya meneruskan pemberian subsidi.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tampin Rovers sedia lakar kejutan'Kami begitu teruja untuk menghadapi aksi terakhir dan kami tetap dengan sikap positif, tidak berputus asa untuk raih kemenangan.'
Read more »
Nasi kandar bakal naik harga, kata pengusaha restoran | The Malaysian InsightPengusaha terpaksa menaikkan harga ekoran peningkatan kos bahan mentah, kata Presma.
Read more »
Harga siling ayam RM9.40 sekilogramHarga siling ayam RM9.40 sekilogram
Read more »
Penternak ayam berharap subsidi kerajaan diteruskan | The Malaysian InsightMenurut mereka harga ayam daging masih lagi tidak berubah.
Read more »
Zuraida puji kerajaan komited tangani inflasi | The Malaysian InsightPresiden PBM turut puji penetapan harga siling ayam pada RM9.40.
Read more »
Keputusan 'flip flop' bukti kerajaan gagal tangani kenaikan harga'Amaran krisis harga barang diandaikan oleh pakar kewangan dan pihak lain sebelum ini dengan melihat kepada keadaan ekonomi global dan bekalan barangan yang terlibat.
Read more »