Sedia hadapi fenomena perubahan cuaca - Agong

Malaysia News News

Sedia hadapi fenomena perubahan cuaca - Agong
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 45 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 21%
  • Publisher: 51%

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara berhadapan dengan hujan lebat berterusan dan risiko banjir berskala besar mulai hujung November.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan seluruh rakyat supaya memperkemas diri untuk menghadapi fenomena perubahan cuaca yang bakal berlaku kelak.

Seri Paduka turut meminta semua agensi berkaitan membuat persediaan rapi secara menyeluruh demi kemaslahatan ummah. “Kita sedia maklum bahawa saban tahun tatkala kehadiran November, Malaysia berhadapan dengan risiko berlakunya banjir.“Pada kesempatan ini, beta mengingatkan seluruh rakyat untuk memperkemas diri dan melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca yang bakal berlaku kelak.

“Persediaan tersebut bukan hanya dalam aspek mengurangkan kesan banjir, tetapi merangka satu kaedah bagi bantuan kepada mangsa banjir dapat diberikan secara terancang, segera dan efektif,” titah Seri Paduka. Seri Paduka bertitah dalam Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur .Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Idris Ahmad. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Fenomena air pasang besar diramai berlaku sehingga Khamis | The Malaysian InsightFenomena air pasang besar diramai berlaku sehingga Khamis | The Malaysian InsightKawasan terlibat adalah Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.
Read more »

King tells public to brace for floods, reminds relevant agencies to respond swiftlyKing tells public to brace for floods, reminds relevant agencies to respond swiftlyKUALA LUMPUR, Oct 9 — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah today called on all relevant agencies to make thorough and comprehensive...
Read more »



Render Time: 2025-02-23 20:18:25