Kemudahan yang dijangka siap menjelang suku pertama 2024 itu terletak di Jalan Baru di Seberang Perai, Pulau Pinang yang memudahkan kunjungan.
PETALING JAYA: Sime Darby Auto ConneXion , pengedar eksklusif Ford di Malaysia, menganjurkan majlis pecah tanah bagi Pusat 3S Ford baharu di Pulau Pinang yang bakal menambah baik pengalaman pelanggan dan mengukuhkan prospek jenama di utara tanah air.
Apabila siap kelak, pelanggan akan dapat menikmati kemudahan terkini di Pusat 3S Ford, yang dibina sepenuhnya sejajar dengan piawaian global Ford. Turse berkata, sebagai Pusat 3S yang menawarkan perkhidmatan serba lengkap, kemudahan tersebut akan menyenangkan lagi kunjungan dan memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
Sementara itu, Pengarah Urusan Pasaran Pengedar Ford Asia Pacific, DJ Simpson berkata, pihaknya berbesar hati dapat meluaskan rangkaiannya di Malaysia dengan kemudahan terbaharu itu.