Saya tak tahu perjanjian dengan Anifah, kata Ismail Sabri
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beliau tidak tahu-menahu tentang sebarang perjanjian melibatkan bekas menteri luar Anifah Aman untuk jawatan dalam Kabinet sekiranya Barisan Nasional tubuh kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 .
Ismail Sabri berkata ketika ini timbul pelbagai cerita yang “bukan-bukan” menjelang hari pengundian pada 19 November ini. “Kadang-kadang setengah orang main sebut nama sahaja, tetapi tidak ada pun tawaran tersebut tapi kerana tidak ada sesiapa yang ada waktu itu, mungkin jadi dia main sebut. Sekarang ini macam-macam cerita yang bukan-bukan timbul,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Putrajaya di Putrajaya hari ini.
“Jadi tidak perlu kita ambil itu sebagai satu cerita yang dianggap benar. Saya pun tidak tahu,” katanya. Baru-baru ini media melaporkan Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah dalam majlis ceramah Pakatan Harapan dua hari lepas, membuat pendedahan mengenai tawaran itu sebagai balasan tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon Umno. – Bernama, 14 November, 2022.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pendedahan Anifah: Tanya Presiden - Ismail Sabri'Jadi tidak perlu kita ambil itu sebagai cerita yang dianggap benar. Saya pun tidak tahu. Kalau kamu (wartawan) nak, kena tanya Presiden.'
Read more »
Entrepreneur development key to driving rural economy, says Ismail Sabri | The Malaysian InsightGovt wants villagers to explore fields beyond traditional agriculture, fishing.
Read more »
Gangguan LRT disiasat menyeluruh punca rosak, sabotaj - Ismail Sabri“Saya tak nak sebutlah (unsur sabotaj) cuma saya kata merunsingkan saya kenapa berlaku semasa sedang berkempen dan kali kedua dalam ...
Read more »
Pamer solidariti, jaga nama baik parti, kata Ismail Sabri | The Malaysian InsightNaib Presiden Umno itu berkata pertikaian antara pemimpin boleh menimbulkan spekulasi berkaitan calon dan parti.
Read more »