Saya tak pernah cakap macam itu - Rozita Che Wan
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan menolak tuduhan dia menghina dan memandang rendah golongan B40 ketika bersiaran langsung di media sosialnya baru-baru ini.
Kata Rozita atau Che Ta, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar dan diada-adakan untuk menabur kebencian masyarakat kepadanya. “Saya tak pernah cakap macam itu. Saya tak tahu portal mana , tapi tentunya yang tak bertanggungjawab.”Saya tetap kerja siang malam, bukan baring tidur tunggu duit turun dari langit. Jadi demi Allah saya tak pernah beza-bezakan ,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen PERKESO Membawa Senyuman petang tadi.
Rozita dikecam ramai gara-gara laporan sebuah portal yang menuduh dia membeza-bezakan anaknya dengan golongan B40 ketika bersiaran secara live di platform media sosial Kata Rozita dia kecewa dengan tindakan portal berkenaan yang memetik dan menyeleweng kenyataannya berkaitan perkara itu.”Tapi saya lega dengan respons positif netizen selepas saya dedahkan perkara itu di Instagram,” katanya lagi.