Sanusi belum mahu mendedahkan mengenai 'agenda besar' yang didakwa mahu menggagalkan projek pembangunan Kedah.
ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan belum tiba masanya untuk beliau mendedahkan mengenai ‘agenda besar’ yang didakwa mahu menggagalkan projek pembangunan di Kedah.“Saya tahu perkara itu. Ada dalam ini , tetapi biarlah rahsia,” katanya ketika ditemui pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah di sini, hari ini.
Dalam sesi pertanyaan lisan semalam, Muhammad Sanusi mendakwa, beliau tahu bahawa projek-projek yang terlibat di Kedah dikenakan pelbagai sekatan dan tekanan. Dakwanya, perkara itu tidak sesuai disebut di DUN namun wujud ‘grand design’ bagi menggagalkan projek oleh pihak swasta di negeri ini. Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mencabar Muhammad Sanusi supaya mendedahkan pihak yang didakwa memiliki perancangan itu.
Ujar Shaiful Hazizy, apa yang diperkatakan Muhammad Sanusi itu hanyalah satu tuduhan tanpa asas yang semata-mata mahu mencipta persepsi murahan bagi mengaburi kegagalan kerajaan negeri. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sanusi dakwa ada agenda gagalkan pembangunan di KedahMenteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa ada 'agenda besar' untuk menggagalkan projek pembangunan yang dirancang di negeri ini.
Read more »
There is a plot to derail investments in Kedah, alleges SanusiPETALING JAYA: Selangor have announced Katsuhito Kinoshi as the new coach, replacing Nidzam Jamil.
Read more »
Saya kehilangan sahabat yang bersama saya berjuangDr. Mahathir meluahkan rasa sedih y susulan pemergian sahabatnya, Tun Daim Zainuddin yang menghembuskan nafas terakhir pagi ini.
Read more »
Ibu wanita maut dihempap kontena mahukan keadilan“Saya mahukan keadilan untuk anak saya.”
Read more »
“Saya Masih Sayangkan Isteri Saya” – Farid Kamil Luah Mahu Perbaiki Rumah Tangga Bersama Diana DanielleFarid Kamil menyatakan dia akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan kembali keadaan rumah tangganya bersama Diana Danielle.
Read more »
Saya tak sebut nama sesiapa sebagai scammerMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan beliau tidak menyebut nama sesiapa berhubung kenyataan scammer dalam isu kelab bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC, baru-baru ini.
Read more »