Kata Presiden PKR itu, beliau sudah meninggalkan UMNO sudah terlalu lama iaitu sejak lebih 30 tahun lalu.
“Saya dah lama tinggal UMNO, 30 tahun dah, jadi tidak ada kena mengena lagi dengan UMNO,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai keputusan UMNO yang tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti itu dalam pemilihan akan datang.
Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Menteri bersama penjawat awam Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini. Kelmarin akhbar ini melaporkan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah perwakilan meluluskan usul kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu akan datang.Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan menerusi satu usul tambahan oleh wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd. Shukri Shamsudin kelmarin.
Ini setelah undian dibuat melibatkan kira-kira 5,523 perwakilan yang bangun berdiri menyokong usul itu melebihi jumlah yang tidak menyokong. Kelmarin, cadangan usul tambahan itu mendapat reaksi berbeza para perwakilan apabila termasuk melibatkan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri seperti Wilayah Persekutuan dan Johor menolak usul tersebut dan mahu kedua-dua jawatan berkenaan dipertandingkan. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Anwar perlu campur tangan nasihat Zahid, tindakan UMNO calar imej PM'Bagi saya sedikit sebanyak boleh mencalarkan imej Anwar kerana UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan sekarang.'
Read more »
Kenapa salahkan saya seorang kalau Umno teruk PRU15, tanya Zahid | The Malaysian InsightSepatutnya tanggungjawab semua pemimpin parti di semua peringkat, termasuk bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.
Read more »
UMNO wujud Majlis Ulama UMNODalam pada itu, Ahmad Zahid mengumumkan penubuhan Institut UMNO yang akan dipengerusikan oleh tokoh akademik, Prof. Emeritus Dr. Kamaruddin M. Said manakala Timbalannya, Prof Datuk Dr. Abdul Mua’ti Zambri Ahmad.
Read more »
Kerajaan jamin beri lebih tumpuan kepada PerlisJusteru Anwar berkata, mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan datang bakal diadakan di negeri ini bagi memuktamadkan beberapa projek yang diberi keutamaan dilaksanakan sekali gus membantu merancakkan ekonomi Perlis.
Read more »
PAU Umno lulus usul jawatan presiden, timbalan tidak dicabar | The Malaysian InsightIa dibuat majoriti perwakilan selepas selesai perbahasan usul ucapan dasar presiden petang tadi, kata Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Ahmad Said.
Read more »