‘Saya sendiri pun pernah jadi pelakon baharu’
KEHADIRAN pendatang baharu dalam dunia seni lakonan bukanlah sesuatu yang harus dirisaukan oleh pelakon, Eyka Farhana. Lebih sedekad dalam industri, dia sudah tahu itulah resmi hidup.
“Saya pun tahu, memang industri seni akan sentiasa ada pendatang baharu. Tidak kiralah pelakon, penyanyi atau pengacara. Saya sendiri pun pernah jadi pendatang baharu. Kalau saya terkesan sekarang, bagaimana pun pelakon senior dulu. “Dari dulu lagi, ada sahaja gosip atau kontroversi yang tiba-tiba tular. Ada yang cakap saya begitu, saya begini. Buatlah macam mana pun, orang akan sentiasa memberi komen positif dan negatif.
Menjalani kehidupan yang sibuk, bagi Eyka farhana, penting sebenarnya untuk seseorang pelakon mencari masa rehat bagi ‘melepaskan’ diri daripada tekanan kerja dan kesibukan jadual. Mengakui diri sebagai seorang yang penakut, pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu bagaimanapun mahu mencabar diri dan tidak mahu dibelenggu dengan perasaan takut sehingga terpaksa menolak tawaran.
“Tetapi sekarang, tidaklah takut sangat. Tambahan pula dengan nasihat dan penglibatan kru di set penggambaran, perasaan itu bertukar tenang. Jaga mulut, jaga perangai,” katanya.