'Kehilangan arwah memberi kesan kepada saya dan suami kerana kami berdua menanam impian arwah akan menjaga kami ketika usia tua,'' jelas Hawa dengan nada sebak ketika membacakan kenyataan itu.
KUALA LUMPUR: “Kesihatan saya terjejas sehingga mengalami katarak yang serius pada 2018 akibat kerap menangis ekoran kesedihan yang melampau,” demikian kenyataan impak mangsa, Hawa Osman iaitu ibu Zulfarhan Osman Zulkarnain yang dibacakan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Menurut Hawa, kejadian itu menyebabkannya trauma untuk melepaskan anak-anak lain keluar berdikari sendirian dan menyambung pengajian di peringkat tertinggi kerana bimbang kejadian sebegitu akan berulang. “Kehilangan arwah memberi kesan kepada saya dan suami kerana kami berdua menanam impian arwah akan menjaga kami ketika usia tua,” jelas Hawa dengan nada sebak ketika membacakan kenyataan itu.Sehubungan itu, ibu Zulfarhan itu memohon hukuman setimpal supaya kejadian sebegini tidak berulang kepada ibu bapa yang lain sehingga mereka terpaksa merasai keperitan kehilangan anak yang disayangi dan merupakan harapan keluarga.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
“Dengar berkali-kali, lagu ini buat saya menangis” -Single pertama Iqbal raih perhatian warganet - Utusan Digital“Dengar berkali-kali, lagu ini buat saya menangis” -Single pertama Iqbal raih perhatian warganet
Read more »
43,269 ibu, bapa tunggal di Terengganu dapat bantuan - Utusan DigitalKatanya, inisiatif bantuan tambahan itu bakal meringankan lagi bebanan golongan sasar selain manfaat RM2,000 yang diterima menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi isi rumah yang mempunyai anak melebihi tiga orang.
Read more »