Beyond the Breaking News

Saya belum sedia buat konsert, tunggu lima album

Malaysia News News

Saya belum sedia buat konsert, tunggu lima album
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Saya belum sedia buat konsert, tunggu lima album - Amir Jahari

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Amir Jahari, belum sedia mengadakan konsert tunggal walaupun pernah menerima tawaran daripada beberapa penganjur. Jelas Amir atau Mohamad Amirullah Jahari, 32, peluang mengadakan konsert akan kembali dipertimbangkan selepas penyanyi itu berjaya menghasilkan lima album.

“Memang ada pihak yang tawarkan peluang mengadakan konsert. Jika melihat kepada statistik jualan ‘showcase’ sebelum ini, memang ada jaminan dalam 1,600 orang akan datang dan beli tiket. “Saya cuma bersifat realistik. Saya hanya mempunyai tiga album dan empat lagu hit sahaja. Takkan saya mahu orang datang konsert saya dengan empat lagu itu? “InsyaAllah saya akan adakan konsert jika sudah mempunyai lima album,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini. Bergerak sendiri tanpa dinaungi mana-mana syarikat, juara Anugerah Juara Lagu ke-38 mengakui dia perlu bijak merangka strategi untuk memastikan karyanya sampai kepada pendengar. “Dalam berkarya saya ada jalan sendiri yang mana bukan indie, bukan juga arus perdana. Saya anggap muzik sebagai kerjasama dalam perniagaan. “Oleh itu, saya perlu tambah ilmu dan belajar selok belok pemasaran selain mempunyai pasukan yang boleh membantu kembangkan kerjaya,” tambahnya. Dalam perkembangan lain, Amir kini berada di Jakarta, Indonesia untuk rangka promosi album terbarunya, Kembali serta video muzik Aku Rindu di beberapa radio. Album yang memuatkan 15 lagu itu menceritakan perjalanan panjangnya sepanjang 13 tahun sebagai penyanyi. -UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

GP Malaysia Petronas platfrom promosi Tahun Melawat SelangorGP Malaysia Petronas platfrom promosi Tahun Melawat SelangorBagaimanapun, saya cuba sedaya upaya untuk membantu, saya tidak dapat berjanji, tetapi kita akan cuba,” tegasnya.
Read more »

Soal jodoh saya tidak mencari, tunggu masa yang sesuaiSoal jodoh saya tidak mencari, tunggu masa yang sesuaiSoal jodoh saya tidak mencari, tunggu masa yang sesuai - Amir Masdi
Read more »

Saya mahu lihat anak saya membesar depan mataSaya mahu lihat anak saya membesar depan mataSaya mahu lihat anak saya membesar depan mata - Mira Filzah
Read more »

Saya mahu akaun bank saya dipantauSaya mahu akaun bank saya dipantauBekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak `mendedahkan' perihal kemasukan derma Arab ke dalam akaun peribadinya kepada Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membolehkan akaun-akaun terbabit dipantau oleh bank pusat itu.
Read more »

“Saya Masih Sayangkan Isteri Saya” – Farid Kamil Luah Mahu Perbaiki Rumah Tangga Bersama Diana Danielle“Saya Masih Sayangkan Isteri Saya” – Farid Kamil Luah Mahu Perbaiki Rumah Tangga Bersama Diana DanielleFarid Kamil menyatakan dia akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan kembali keadaan rumah tangganya bersama Diana Danielle.
Read more »

Saya kehilangan sahabat yang bersama saya berjuangSaya kehilangan sahabat yang bersama saya berjuangDr. Mahathir meluahkan rasa sedih y susulan pemergian sahabatnya, Tun Daim Zainuddin yang menghembuskan nafas terakhir pagi ini.
Read more »



Render Time: 2026-06-07 07:27:07