Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, masalah kepercayaan itu berbangkit ekoran surat yang dihantar Ahmad Zahid kepada Yang di-Pertuan Agong pada Oktober tahun lalu.
ISKANDAR PUTERI: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengakui sukar mempercayai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ekoran beberapa tindakan yang dilakukan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebelum ini.
“Ketika ini saya masih lagi dalam kerajaan, sebab saya ada masalah kepercayaan terhadap Presiden UMNO. Pada bulan Oktober lepas, beliau telah mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong atas nama Presiden UMNO mengatakan semua Ahli parlimen UMNO memberi sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.
“Kedua, apabila timbul rakaman perbualan Presiden dengan ketua pembangkang, perkara itu dinafikan, kata nak buat laporan polis tetapi selepas itu mengaku pula yang rakaman itu tulen.“Bagaimana saya hendak percaya Presiden macam ini yang mengatakan bahawa keputusan baru ini dicapai secara sebulat suara dalam Majlis Tertinggi , sedangkan ada Ahli Parlimen yang terdiri daripada Ahli MT buat keputusan berbeza dengan keputusan itu,” katanya.
Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan turut merayu UMNO untuk kekal bersama Perikatan Nasional sehingga September untuk menentukan keabsahan kerajaan melalui usul percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
'Jiwa saya tetap UMNO, sokong Perdana Menteri demi rakyat' - Ahli Parlimen Maran - Utusan Digital'Sokongan saya terhadap Muhyiddin kerana dia Perdana Menteri kerajaan hari ini, ia sama sokongan saya terhadap Perdana Menteri terdahulu seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad,' katanya.
Read more »
Umno sec-gen: Chronology of Umno-RoS letters show ‘legitimate expectation’ of polls deferral | Malay MailKUALA LUMPUR, Aug 7 — Umno had a “legitimate expectation” that the Registrar of Societies (RoS) knew of and would recommend that the party’s election be delayed based on their previous correspondence, Datuk Seri Ahmad Maslan said today. The Umno secretary-general also insisted in a press...
Read more »
'Saya mohon maaf' - Sanusi - Utusan Digital'Saya ini suka bergurau, tetapi gurauan semalam itu agak kasar. Jadi saya nak maklumkan bahawa saya bergurau dengan wartawan yang telah dianggap sebagai ahli keluarga dan adik-adik saya'.
Read more »