Tanaman padi juga boleh ditanam di kawasan bandar jika sesuai dengan penjagaan, benih dan cuaca selain penggunaan teknologi moden.
CYBERJAYA: Lazimnya, masyarakat hanya boleh melihat kawasan sawah padi di luar bandar atau pinggir bandar di negeri-negeri yang mengusahakan tanaman itu seperti di Kedah dan Perlis.
Bagi menyahut cabaran itu, Majlis Perbandaran Sepang memulakan projek rintis penanaman padi dalam bandar di Kebun Bandar @ Cyberjaya dengan keluasan petak 137.5 meter persegi. “Jenis padi yang digunakan ialah MR297 Siraj dan diusahakan sepenuhnya oleh kakitangan Jabatan Landskap dengan kemahiran mereka.
Menurut Abd. Hamid, projek penanaman padi Kebun Bandar @ Cyberjaya turut dikelilingi 400 pokok buah-buahan pelbagai spesies di atas tanah seluas 2.8 hektar.