‘Satu kebodohan untuk menulis komen ‘baju tak gosok.’
PETALING JAYA: Penyanyi, Imran Ajmain berang apabila hadir segelintir netizen yang mengkritik penampilannya dalam video nyanyiannya di media sosial.
Imran atau nama penuh, Ahmad Imran Ajmain ini menerusi Instastorynya menulis kapsyen panjang meluahkan rasa geramnya terhadap netizen berkenaan.“Aku punya sukalah, aku nak pergi mana? Berkurung kan. Bekerja dari rumah hampir 500 hari. Beri aku ruang. Aku tak nyanyi, suruh aku nyanyi. Kemudian, komen muka baru bangun tidur lah, baju tak gosok lah.
“Memang aku baru bangun! Tidur pukul 9 malam. Bangun 4 pagi. Tidur pukul 7 pagi bangun pukul 10 pagi. Apa lagi nak aku buat. Gosok baju untuk hiburkan kamu? Dalam pada itu Imran turut menyindir netizen berkenaan dan meminta mereka membayar sekiranya ingin melihatnya membuat persembahan lengkap dengan berpakaian menarik.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jenazah pesakit Covid-19 tak kunjung tiba untuk dikebumi, rupanya masih hidup - Utusan DigitalJenazah pesakit Covid-19 tak kunjung tiba untuk dikebumi, rupanya masih hidup
Read more »