Georgetown Wanita tergamak membawa anaknya berusia dua tahun ke rumah sewa kenalannya di Gelugor, semata-mata untuk melepaskan gian dadah bersama rakan-rakannya
Bagaimanapun, tindakan wanita berumur 23 tahun itu mengundang padah apabila dia ditahan bersama empat individu lain di rumah teres itu dalam serbuan dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan semalam.
Pengarah AADK Negeri, Elmariah Chung berkata, pihaknya menjalankan serbuan pada 7 malam hasil risikan dan intipan dijalankan pihaknya sebelum menahan lima orang termasuk ibu muda berkenaan. "Rumah itu disewa pasangan kekasih berumur 21 dan 26 tahun yang turut mengaku terbabit dengan kegiatan penagihan dadah, mereka mendakwa rakan-rakan termasuk ibu muda tersebut sering berkunjung ke rumah sewa berkenaan dipercayai untuk menghisap dadah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, dalam serbuan itu pihaknya turut menahan dua lelaki berumur 40-an yang dipercayai tokan dadah dan sebanyak 16 gram heroin turut dirampas daripada mereka. Beliau berkata, ujian air kencing mendapati lima individu termasuk dua wanita itu positif dadah dan kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Cara pelik cari teman wanitaTokyo Terdesak untuk melepaskan diri, lelaki itu akhirnya mengakui dia bertindak sedemikian hanya sekadar untuk berkenalan dengan wanita tanpa ada sebarang niat lain.
Read more »
Guru wanita rugi RM333,000GURU wanita berputih mata apabila kerugian RM333,000 dipercayai terpedaya dengan Macau Scam, kononnya terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dan menghasilkan wang secara haram.
Read more »
Mayat PATI wanita ditemuiMAYAT wanita dipercayai antara tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang hilang selepas bot dinaiki terbalik ketika cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa ditemui berhampiran Pelabuhan Tuas di perairan Singapura, hari ini.
Read more »
Pawagam ‘patuh syariah’ pertama di Terengganu asing tempat duduk lelaki, wanitaLFS Kuala Terengganu beroperasi di PB Square tampil dengan kelainan apabila melaksanakan pawagam patuh syariah pertama di Terengganu. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Mary Kay, guru perkosa dan kahwini pelajar sendiri meninggal dunia pada usia 58 tahunLetourneau meninggal dunia akibat kanser dengan ditemani oleh anak-anak dan bekas suaminya. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Pesara dituduh rogol anak tiri, lakukan amang seksual terhadap anak kandungbutterworth Pesara kerajaan dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas tuduhan merogol anak tiri dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya.
Read more »