'Setiap hari dalam laman sosial, ada saja yang menyampaikan khabar duka mengenai kematian orang terdekat, kawan dan ahli keluarga mereka akibat Covid-19. Ya, walaupun tiada pertalian darah, kehilangan itu tetap menyentuh emosi saya.'
SETIAP hari dalam laman sosial, ada saja yang menyampaikan khabar duka mengenai kematian orang terdekat, kawan dan ahli keluarga mereka akibat Covid-19. Ya, walaupun tiada pertalian darah, kehilangan itu tetap menyentuh emosi saya.
Seorang rakan yang sudah lama menderita Anxiety memberitahu saya, penyakitnya itu kini bertambah teruk sebab asyik memikirkan bila-bila saja gilirannya pula terkena Covid-19. Ini menjadikan dia sukar tidur. Dia juga jadi takut keluar rumah. Sekarang ini saya agak, yang tiada Anxiety pun boleh diserang penyakit ini. Kebimbangan dan kemurungan, itu puncanya.
Paling tidak boleh diterima akal dan menghakis rasa hormat rakyat dalam keadaan amat genting ini, pemimpin politik negara sibuk mahu berebut kuasa. Selesaikanlah dulu masalah Covid-19 ini. Ini soal nyawa dan keselamatan. Jika negara sudah lumpuh, ada kuasa pun tak guna juga. Seorang pekerja makanan segera bercerita, ada rakannya positif Covid-19, dia yang merupakan kontak rapat rakannya itu, mohon cuti untuk melakukan swab test dan mahu kuarantin kendiri kerana bimbang dijangkiti tetapi majikannya marah-marah. Bukan setakat disuruh bekerja macam biasa, tempat itu pun tidak ditutup sementara untuk sanitasi.
Ini tidak, yang mahu menjalani kuarantin pula, diugut akan diberhentikan. Macamlah pekerja yang minta dijangkiti. Kalau majikan yang kena, mahu setahun dia cuti.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Permintaan tinggi pekerja kemahiran digital - Utusan DigitalPengusaha mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di bawah kategori ‘non-essential’ itu paling terkesan akibat sekatan ekonomi dan pergerakan di bawah PKP berterusan.
Read more »
Identiti Digital Nasional manfaatkan pengguna - Utusan DigitalKalau mudah digunakan segenap lapisan masyarakat, tiada isu rakyat tidak boleh terima.
Read more »
Kesal penyebaran video palsu dalam YouTube - Utusan DigitalKesal penyebaran video palsu dalam YouTube
Read more »
Kilang kecil perlu segera daftar pekerja dalam Pikas - Utusan DigitalPengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek berkata, langkah berkenaan penting bagi mengelakkan berlakunya penularan wabak Covid-19 di tempat kerja.
Read more »
Pemimpin UMNO dalam kerajaan perlu beri tumpuan laksana mandat, amanah rakyat - Utusan DigitalAhli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md Yusof berkata, pemimpin berkenaan wajar bersama-sama dengan kerajaan hari ini dalam membantu pengurusan pandemik Covid-19 dan ekonomi yang…
Read more »
PBS yakin PN masih dalam keadaan ‘selamat’ - Utusan DigitalPresiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pengumuman khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu merupakan petanda jelas bahawa kerajaan memerintah masih berada di kedudukan yang selamat.
Read more »