KualaLumpur Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas ucapan sempena ulang tahun kelahiran beliau.
Beliau menyifatkan ulang tahun kelahirannya yang ke-57 kelmarin dengan iringan doa ramai rakyat Malaysia adalah ulang tahun yang akan sentiasa tersemat dalam memorinya.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan hari lahir dan doa yang sungguh bermakna.“Terima kasih semua rakyat Malaysia dan marilah kita semua terus memerangi dan menamatkan rantaian jangkitan Covid-19. Kekal selamat dan duduk rumah,” ciap beliau malam tadi. Ribuan netizen mengambil peluang menghantar ucapan hari lahir kepada Dr Noor Hisham yang menyambut ulang tahunnya pada 21 April.
Laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram dibanjiri ucapan tahniah dan doa untuk Ketua Pengarah Kesihatan itu, tokoh penting di barisan hadapan dalam perjuangan negara memerangi pandemik Covid-19.Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 April 2020 @ 11:24 AM
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ucapan hari lahir Dr Noor Hisham 'trending'kualalumpur Ribuan ucapan selamat, doa dan harapan ditujukan khas kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sempena sambutan ulang tahun kelahiran beliau ke-57, hari ini.
Read more »
Jangan keluar rumah, hadiah hari jadi saya, kata Dr Noor Hisham | The Malaysian InsightBeliau meminta rakyat Malaysia terus patuh arahan PKP sebagai membantu usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Read more »
Dr Noor Hisham: Food handlers for e-bazaars must get typhoid vaccination | New Straits TimesPUTRAJAYA: Food handlers for e-bazaars are subject to requirements and regulations imposed by the Health Ministry in order for them to operate safely during the fasting month of Ramadan.
Read more »
Don't 'balik kampung' this Ramadan - Dr Noor Hisham | New Straits TimesNSTnation The Health Ministry today cautioned Malaysians against “balik kampung” (returning to their hometowns) during the month of Ramadan. Covid19 Coronavirus MCO MovementControlOrder JustStayAtHome
Read more »
Pengendali makanan perlu ikut peraturan kesihatan, kata Dr Noor Hisham | The Malaysian InsightPengendali makanan perlu jalani kursus dan suntikan vaksin, seperti peniaga makanan lain, mengikut peraturan sedia ada.
Read more »
Dr Noor Hisham dedah 6 kriteria sebelum PKP ditamatkan | The Malaysian InsightIa perlu dipatuhi semua pihak bagi mengelak gelombang baharu jangkitan Covid-19.
Read more »