Sambutan Jubli Perak: Istana Arau sambut tetamu Diraja malam ini
ARAU: Istana Arau sudah bersedia menyambut tetamu Diraja pada majlis santapan Diraja bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail malam ini.
Baginda turut berkenan berangkat meninjau persiapan akhir menjelang majlis tersebut semalam yang merupakan acara kemuncak sambutan Jubli Perak. Turut mengiringi baginda, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Sepanjang lawatan itu, baginda berkenan menyaksikan raptai penuh bagi memastikan kelancaran majlis yang bakal berlangsung itu.Tuanku Syed Sirajuddin turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan persiapan bagi majlis bersejarah itu.-UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Raikan sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja PerlisRaikan sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis
Read more »
Kemeriahan menjelang sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja PerlisKemeriahan menjelang sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis
Read more »
Perlis umum cuti peristiwa pada 17 April sempena Jubli PerakPerlis umum cuti peristiwa pada 17 April sempena Jubli Perak
Read more »
Presiden China Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana NegaraPresiden China Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara hari ini sempena Lawatan Negara selama tiga hari bermula semalam.
Read more »
Melaka dipilih tuan rumah sambutan TMM2026Melaka dipilih tuan rumah sambutan TMM2026
Read more »
Konda kondi cenderahati rasmi sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025Konda kondi cenderahati rasmi sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025
Read more »