bolatime LigaM KualaLumpur Pasukan Liga M buat persediaan awal sebelum saingan bermula.
Antaranya dua pasukan Liga Super, Melaka dan Sabah, yang melihat cadangan ini sebagai sesuatu yang hadir tepat pada waktunya dengan melihat trend penularan wabak Covid-19 semakin menurun kebelakangan ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Melaka , Asri Ninggal berkata, segala perancangan pasukan kejurulatihan pasti akan lebih mudah terutama dalam perancangan taktikal ekoran buat masa ini terdapat kekangan mengumpulkan semua pemain dalam satu sesi latihan. Beliau yang sebelum ini pernah menjadi ketua jurulatih Negeri Sembilan selain penolong ketua jurulatih Melaka, sememangnya memahami keperluan yang diinginkan oleh setiap pengendali bagi memastikan pasukan mampu bersedia 100 peratus sebelum Liga Malaysia kembali bersambung. "Sememangnya cadangan KBS ini pasti melegakan semua pasukan dan diharapkan cadangan ini nanti mampu diterima kerana saya rasa dalam peringkat ini, latihan penuh sudah boleh dimulakan bagi memudahkan jurulatih melakukan perancangan aspek taktikal. "Tambahan pula terdapat kemungkinan liga akan bermula awal, saya rasa setiap jurulatih pasti mempunyai masa mencukupi dalam menyiapkan pasukan jika latihan secara penuh mendapat kebenaran. "Daripada segi pengurusan, saya melihat latihan secara penuh ini juga membuka kembali keyakinan pihak di luar sana terutama kepada penaja terhadap kesinambungan Liga Malaysia walaupun aksi dalam tiap perlawanan nanti masih belum ada kehadiran penyokong,"katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah , Andrew Majanggim, turut senada dengan Asri supaya latihan secara berkontak dapat dikembalikan namun pada masa sama ingatkan semua pihak jangan terlalu ghairah sehingga mengabaikan Prosedur Operasi Standard yang akan ditetapkan dari masa ke semasa. Tambahnya, sebagai salah satu rakan kongsi Liga Malaysia, beliau sememangnya mahukan latihan secara penuh tetapi tidak mahu sebarang kecuaian dalam mematuhi SOP boleh mengakibatkan peluang Liga Malaysia kembali bersambung boleh terjejas. "Kita sememangnya kena melihat aspek ini lebih ke hadapan kerana pada waktu ini, kes-kes baharu sudah menurun dengan banyak selain sudah tiada kes kematian kebelakangan ini. "Fakta sebegini sememangnya amat baik kepada industri bola sepak kita yang membuatkan KBS boleh berikan saranan sebegini cuma saya harap apabila perkara ini dapat kelulusan, kita kena teruskan dalam pematuhan SOP yang akan ditetapkan," katanya. Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan, melihat cadangan KBS itu adalah satu langkah tepat untuk mengembalikan ekonomi serta keharmonian sukan negara yang sedang berdepan krisis ekoran impak pandemik Covid-19 sejak awal Mac lalu. Malah beliau percaya perkara ini menjadi satu isyarat baik di mana kementerian sukan negara sentiasa mengambil cakna terhadap situasi yang dialami industri sukan tanah air.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Teka teki terjawab… Sah Laudya Cynthia dan Engku Emran berceraiKeputusan perceraian itu dibuat secara sepakat di antara kedua-dua pihak dan ia dilakukan dengan cara yang baik. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Teliti cadangan penganjur lumba haram dikenakan POCAJABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sedang meneliti perancangan mengambil tindakan Perintah Tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 terhadap individu menganjurkan perlumbaan haram.
Read more »
Bella ok, doakan baik-baik“BELLA sekarang dalam keadaan baik,” kata pembantu pengurus pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, Syahnaz Sofinar kepada Harian Metro.
Read more »
'Moga kehidupan atok lebih baik' | Harian Metrojasin Seorang pemuda merelakan datuk tirinya, Kassim Lang Abdullah, 73, yang dijaganya sejak lima tahun lalu, dihantar ke Rumah Seri Kenangan Cheng, semalam, demi kebajikannya.
Read more »
Ambil kira kegusaran awam untuk laksana POCAkualalumpur JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan mengambil kira faktor kegusaran awam terhadap samseng jalanan dalam menimbangkan cadangan menggunakan Perintah Tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 terhadap penganjur lumba awam.
Read more »
No fans at La Liga stadiums for rest of the season, say organisersMADRID (Reuters) - Spain's secretary for sport Irene Lozano and La Liga president Javier Tebas have categorically ruled out fans returning to matches before the end of this season to minimise the risk of the novel coronavirus spreading.
Read more »




