Salah faham status hubungan punca pemain bola serang kekasih BERITA Jenayah NASIONAL TERKINI
PETALING JAYA: Punca bekas pemain bola sepak kebangsaan yang didakwa menyerang kekasihnya dipercayai akibat perselisihan berkaitan status hubungan mereka. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang juga pemain sebuah pasukan Liga Super itu memberi kerjasama yang baik kepada polis untuk membantu siasatan.
“Polis sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan masih tunggu laporan perubatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini. Media semalam melaporkan, bekas pemain bola sepak kebangsaan itu ditahan kerana disyaki menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya di sebuah hotel. Difahamkan, kekasih pemain bola sepak terbabit yang juga seorang doktor berjumpa lelaki berkenaan sebaik sahaja mengetahui perkara itu sebelum berlaku pertengkaran. Wanita terbabit dikatakan cuba memujuk pemain bola sepak itu namun lelaki itu didakwa bertindak kasar dengan dengan memukul, mencekik dan menggigit lengan sebelum mencampaknya ke lantai. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Pegawai polis terlibat salah laku, rasuah, pelanggaran disiplin tidak dilindungiMana-mana pegawai polis terlibat kesalahan jenayah, salah laku, rasuah, mahupun pelanggaran disiplin sama sekali tidak akan dilindungi Polis
Read more »
Lebih 4,000 penjawat awam salah guna, menagih dadahSeramai 4,282 penjawat awam disabitkan kesalahan menyalah guna dan menagih dadah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Read more »
Suspek dera kanak-kanak ada 13 rekod jenayahLelaki yang dipercayai mendera anak teman wanitanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini dipercayai mempunyai
Read more »




