kualalumpur Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat ditamatkan.
Beliau berkata, turut diterima adalah usul mencadangkan supaya khidmat Nga Kor Ming sebagai Timbalan Speaker juga ditamatkan.
Mohamad Ariff berkata, kedua-dua usul itu diterima mengikut amalan biasa dan selari dengan Peraturan Majlis Mesyuarat serta tanpa berat sebelah. "Terpulanglah kepada Dewan untuk memutuskannya mengikut lunas-lunas Perlembagaan. Saya tiada masalah secara peribadi selagi proses demokrasi dan Perlembagaan dipatuhi," katanya ringkas.
Sementara itu, Nga yang juga Ahli Parlimen Telok Intan mengesahkan usul itu dibawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diserahkan kepada Dewan Rakyat pada petang Jumaat lalu. Nga sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan menghormati keputusan yang dibuat Dewan Rakyat sama ada mahu beliau dan Mohamad Ariff terus kekal atau melepaskan jawatan mereka mengikut perlembagaan dan peraturan Parlimen.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
GE2020: PSP sees ‘Lee Hsien Yang effect’ in increased donations, support, says Tan Cheng Bock | Malay MailSINGAPORE, June 27 — The Progress Singapore Party (PSP) has experienced a “Lee Hsien Yang effect” in the form of increased donations and support since the younger brother of Prime Minister Lee Hsien Loong was inducted into the opposition party on Wednesday (June 24), party chief Tan Cheng...
Read more »
Ariff sahkan terima usul PM ganti speaker, timbalan speaker Dewan RakyatNga Kor Ming dilaporkan berkata, usul oleh Muhyiddin sudah dimasukkan dalam agenda Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 13 Julai ini. FMTNews DewanRakyat
Read more »
Muhyiddin kemuka usul tukar Speaker Dewan Rakyat | The Malaysian InsightUsul itu diserahkan ke Parlimen petang semalam, kata laporan.
Read more »
Selagi boleh usaha, Lan A To Z takkan meminta-minta
Read more »
Usul PM singkir speaker, timbalan speaker langgar perlembagaan, kata bekas menteri | The Malaysian InsightIa tindakan campur tangan Eksekutif ke dalam urusan Legislatif dan melanggar doktrin pemisahan kuasa, kata Liew Vui Keong.
Read more »
PAS bentang usul percaya PM di Parlimen Julai ini, kata Takiyuddin | The Malaysian InsightSetiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata usul tersebut dibuat bagi menzahirkan sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Muhyiddin Yassin.
Read more »