Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas doa yang dipanjatkan sepanjang operasi pencarian dijalankan.
IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menzahirkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pendaki, Jaslinda Saludin di Gunung Batu Putih di Tapah sejak dua minggu lalu.
Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa wanita itu berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertindak pantas dalam operasi tersebut.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat, termasuk penduduk kampung Orang Asli yang membantu. “Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas doa yang dipanjatkan sepanjang operasi pencarian dijalankan,” katanya menerusi hantaran di Facebook. Terdahulu hari ini, Jaslinda yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 15 hari lalu, ditemui dalam keadaan selamat selepas operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan sejak hampir dua minggu lalu.
Utusan MalaysiaDifahamkan, Jaslinda ditemui oleh penduduk Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh sebelum pihak berkuasa dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan. Keadaan mangsa dilaporkan stabil ketika ditemui, namun masih berada dalam pemerhatian pihak bertanggungjawab. Gambar dipercayai memaparkan Jaslinda berada di sebuah rumah komuniti di kawasan berkenaan tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai yang mengikuti perkembangan kes tersebut. –
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Orang selalu nampak hero dan heroin sahajaOrang selalu nampak hero dan heroin sahaja - Iman Suhana
Read more »
Jaslinda selamat, ditemui selepas 15 hariDifahamkan, mangsa ditemui oleh penduduk Orang Asli di Kampung Lubuk Gaharu Pos Musoh yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.
Read more »
Hiker missing since May 24 safe, found by local Orang Asli resident in TapahIPOH, June 6 — Woman hiker Jaslinda Saludin, 49, who was reported missing while climbing Gunung Batu Putih near Tapah since May 24, has been found safe this afternoon near...
Read more »
Hiker Jaslinda found safe after 13 daysJaslinda Saludin, 49, last seen on Gunung Batu Hitam on May 24, was found by an Orang Asli villager near Pos Musoh on Saturday afternoon.
Read more »




