Mengikut pertuduhan, S.M Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emilia, 43, di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields, antara pukul 12.30 tengah hari dan 4.30 petang, pada 22 November 2015.
Majistret Nadia Othman memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader agar S.M. Faisal dibebaskan daripada pertuduhan ekoran persetujuan Emilia menarik balik kes.
Terdahulu, Emilia mengangkat sumpah dalam kandang saksi bagi memaklumkan tujuan kehadirannya ke mahkamah hari ini. Akberdin berkata, pihak pembelaan akan mengemukakan permohonan bertulis disertai dengan afidavit sokongan sama ada wanita itu layak dari segi mental untuk memberi keterangan sebagai saksi.
Tanpa mendedahkan terma-terma penyelesaian yang disifatkan sebagai sulit, beliau menjelaskan penyelesaian global itu termasuk tuntutan mutaah dan harta sepencarian di Mahkamah Syariah. Sementara itu, S.M. Faisal ketika ditemui wakil media melahirkan kesyukurannya dengan berita baik itu dan mahu menumpukan perhatian kepada anak-anaknya.
Pada 24 Mac lalu, seorang lagi peguam pemerhati bagi pihak Emilia, Nazri Yahya memaklumkan, kedua-dua pihak berhasrat berunding secara serius untuk menyelesaikan kes melibatkan pertuduhan terhadap S.M. Faisal.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Additional Budget 2023 initiatives announced, SSPN tax relief extended to 2024Prime Minister and Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced at the Dewan Negara on Wednesday (March 29) several additional initiatives in Budget 2023. Read more at
Read more »
Subs must surface when in our waters, says Tok Mat on AukusKUALA LUMPUR: Submarines must surface when passing through Malaysian waters, says Datuk Seri Mohamad Hasan.
Read more »
DBKL invites public to offer ideas, input for Budget 2024KUALA LUMPUR, March 30 — City dwellers are invited to channel ideas and suggestions for the preparation of the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) Budget 2024 so that it will meet...
Read more »
College student nabbed for selling ganja brownies in KLKUALA LUMPUR: A 19-year-old college student was nabbed for allegedly distributing 'ganja brownies'.
Read more »