Hati ibu bapa mana yang tak hancur tengok anak tiba-tiba jadi macam ini.
Setiap ibu bapa pasti tidak mampu melupakan saat melihat anak berada dalam keadaan yang membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila si kecil tiba-tiba tidak memberikan sebarang tindak balas Itulah detik cemas yang dilalui personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam , apabila anak kedua mereka, Rian, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil.
, Ryzal menceritakan bagaimana jantung mereka seakan gugur apabila melihat keadaan anak kecil itu yang pada mulanya menangis kuat sebelum tiba-tiba diam dan menutup mata.
"Gugur jantung kami melihat anak sendiri tak sedarkan diri lepas jatuh katil. Kuat dia menangis lepas tu diam dan tutup mata seolah tidur, tiada respon dan kita terus bawa ke emergency,"Menurut Ryzal, dia dan Maryam terus bergegas ke hospital sambil cuba memastikan Rian tidak terlelap sepanjang perjalanan. Namun ketika itu, anak mereka langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi walaupun dipanggil berkali-kali.
"Saya dan Maryam berusaha tak nak bagi Rian lelap sepanjang jalan ke emergency tapi badan dia langsung tiada respon, matanya tertutup walaupun Maryam jerit nama dia sekuat-kuatnya,"Lebih menyayat hati, Ryzal mengakui sukar menggambarkan perasaan melihat isterinya menjerit memanggil nama anak yang ketika itu kaku tanpa sebarang tindak balasDalam keadaan penuh kebimbangan itu, pasangan berkenaan hanya mampu berserah dan berdoa agar Allah SWT mengembalikan kesedaran anak mereka. Detik mencemaskan itu berakhir dengan sedikit kelegaan apabila Rian mula membuka mata sebaik sahaja mereka tiba di hospital.
Perkongsian tersebut turut disertakan dengan rakaman video yang memaparkan reaksi panik Maryam yang berulang kali menepuk dan memanggil nama Rian sepanjang perjalanan ke hospital. Video itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang mengakui dapat merasai ketakutan seorang ibu apabila melihat anak berada dalam keadaan sedemikian. Sehingga kini, Ryzal masih belum berkongsi perkembangan lanjut mengenai keputusan pemeriksaan Rian.
Namun ruangan komen dipenuhi doa dan kata-kata semangat daripada para pengikut yang berharap si kecil itu berada dalam keadaan baik serta dikurniakan kesembuhan sepenuhnya. Read the full story“Rasa Macam Ada Yang Memerhati” – June Lojong Kerap Meremang Berlakon Dalam Sel Penjara Sebenar Untuk Filem Polong13 Tahun Hidup Tanpa Elektrik, Lelaki Nekad Tahan Konvoi Sultan Pahang Demi Keluarga
Cemas Insiden Maryam Pempengaruh Perkongsian Ryzalibrahim Seismik
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Skudai DAP rep Marina Ibrahim hits back at ‘bought over’ rumours amid purported GLC offerJOHOR BARU, June 1 — Skudai assemblyman Marina Ibrahim today rejected claims she was defecting or had been “bought over”, saying her political decisions were made after...
Read more »
Puad Zarkashi demands DAP disclosure of GLC posts as Marina Ibrahim’s retirement sparks political uproarJOHOR BARU, June 1 — Umno Supreme Council member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi has accused DAP of using government‑linked company (GLC) positions as political bargaining chips,...
Read more »
Social Media Influencer Ryzal Ibrahim Shares Harrowing Moment as Son Falls Unconscious from BedInfluencer Ryzal Ibrahim posted on Threads about the frightening incident when his son Rian fell from his bed, became unresponsive, and was rushed to the emergency department, describing the emotional turmoil and praying for his recovery.
Read more »
M'sian-Korean Influencer Couple Rushes Son To Hospital, Causes Debate Over RecordingMalaysian-Korean influencer couple, DurianKimchi, is making waves online after husband, Ryzal Ibrahim, had recorded wife and son, Maryam You Na-rae and Rian,
Read more »




