RUU antilompat parti Perlis berkuat kuasa 1 November, kata MB
Menteri Besar Perlis Azlan Man berkata mulai 1 November, Adun baharu selepas PRU15 tertakluk pada pindaan RUU antilompat parti negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Oktober, 2022.
MENTERI Besar Perlis Azlan Man hari ini mengumumkan Pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang berkaitan dengan peruntukan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti akan berkuat kuasa mulai 1 November 2022. Beliau berkata pindaan yang dipersetujui sebulat suara oleh 13 Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis yang hadir Persidangan Dewan Undangan Negeri semalam telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
“Semalam saya dan speaker DUN Perlis, Hamdan Bahari menghadap baginda di Galeri Diraja Arau pada pukul 3 petang selama hampir sejam, baginda telah memperkenankan pindaan itu dan ia akan diwartakan mulai hari ini. “Ini bermakna bahawa semua wakil rakyat di negeri ini adalah tertakluk kepada penguatkuasaan pindaan ini mulai 1 November 2022,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.Bernama semalam melaporkan 13 Adun yang hadir ke Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri semalam sebulat suara bersetuju dengan pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis bagi membolehkan Enakmen Anti-Lompat Parti dilaksanakan di negeri ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
MB Perlis mohon menghadap Raja Perlis berhubung pembubaran DUN | The Malaysian InsightAzlan Man berkata tarikh menghadap Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hak mutlak baginda.
Read more »
MB to seek audience with Perlis Raja on dissolution of assemblyKANGAR: Perlis Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man has submitted an application to seek an audience with the Raja of Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail to obtain his consent for the dissolution of the Perlis State Legislative Assembly.
Read more »
Raja of Perlis consents to dissolution of state assemblyKANGAR: Perlis Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man announced the dissolution of the 14th Perlis State Legislative Assembly, effective on Friday (Oct 14).
Read more »