Harga rumah PPR di Semenanjung sekitar RM42,000 tetapi harga rumah sama di Sarawak kira-kira 10% lebih mahal. FMTNews
Zuraida Kamaruddin minta kerajaan Sarawak menyelaraskan harga rumah PPR pada lawatannya ke negeri itu sebelum ini. KUCHING: Kerajaan persekutuan masih belum menerima maklum balas daripada kerajaan Sarawak berkenaan harga rumah Projek Perumahan Rakyat yang dijual dengan harga lebih tinggi berbanding di Semenanjung.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata beliau telah meminta kerajaan negeri menyelaraskan harga rumah berkenaan pada lawatannya ke negeri itu sebelum ini. Zuraida berkata harga rumah PPR di Semenanjung sekitar RM42,000 namun harga rumah yang sama di Sarawak kira-kira 10% lebih mahal. “Tidak logik bila kita buat rumah dengan harga itu, kemudian harga itu dinaikkan, kemudian duit itu dia simpan…ini tidak betul. Tujuan kita bina rumah ini adalah untuk keperluan rakyat bila anda naikkan lagi harga, ia menyusahkan lagi rakyat. “Itu yang kita minta, tetapi sehingga sekarang mereka belum lagi respon balik kepada kementerian,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan hari ini. Beliau sebelum itu mendedahkan perkara berkenaan ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen Wanita Pakatan Harapan Sarawak, yang pertama kali diadakan hari ini. Ditanya mengenai mesyuarat khas Kabinet yang diadakan semalam, Zuraida berkata antara lain, setiap kementerian pada mesyuarat berkenaan diarahkan untuk membentangkan kertas kerja masing-masing bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030.Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Wawasan Kemakmuran Bersama merupakan harapan dan agenda baru untuk masa depan Malaysia yang menjadi asas kepada penyatuan negara.Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Khalid: Warga tempatan tetap diutama beli rumah tidak terjualProgram Malaysia Rumah Keduaku adalah antara kaedah yang terpaksa difikirkan sekiranya masih terdapat rumah tidak terjual. FMTNews
Read more »
Guan Eng digesa berhenti salahkan BN kerana gagal tunai janjiRakyat Sarawak 'mengimpikan saat mereka memiliki 100% daripada kekayaan negeri itu', tanpa perlu berkongsi dengan Semenanjung. FMTNews
Read more »
Jerebu: Operasi pembenihan awan di Semenanjung bermula esokProses pembenihan awan esok lebih bertumpu kepada Selangor dan Johor yang masih mencatatkan bacaan IPU tinggi. FMTNews
Read more »
DBKL salur bantuan jelas tunggakan PA, PPRKUALA LUMPUR 15 Sept. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengenal pasti penyewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu kota yang layak diserapkan dalam Skim Khidmat Menjelaskan Tunggakan Sewa.
Read more »
Zuraida pelik harga rumah PPR di Sarawak lebih tinggiKUCHING 15 Sept. - Kerajaan Persekutuan masih belum menerima maklum balas daripada kerajaan negeri Sarawak berkenaan harga rumah Projek Perumahan Rakyat(PPR) yang dijual dengan harga lebih tinggi berbanding di Semenanjung.
Read more »




