Sungguh tenang dan damai melihat kediaman yang satu ini. Berlatarbelakangkan warna cerah di bahagian dalam, manakala alam semula jadi di bahagian luar, ia tampak begitu serasi.
Pemilik kediaman, Alia Wahadi berkata, konsep rumah ladang moden menjadi pilihannya kerana mempunyai keunikan tersendiri.
“Bukan itu sahaja, konsep ini juga tidak lapuk dek zaman menjadikan ia terus relevan,” katanya kepada Seri baru-baru ini.Tambah Alia yang juga pempengaruh media sosial, walaupun dilatari dengan rona dan perabot cerah, ia tidak susah untuk dikendalikan.Kediaman jenis banglo berkeluasan 1,300 kaki persegi itu juga dilengkapi dengan elemen-elemen penting dalam konsep rumah ladang iaitu pintu barn dan pendiang hiasan.
Namun, bagi kediaman wanita berusia 34 tahun ini, pendiang hiasan yang diperbuat daripada batu, jubin dan kayu itu dijadikan sebagai ruang simpanan dan rak televisyen.