Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, penipuan Macau Scam masih berlaku masih berlaku dalam kalangan masyarakat di negeri ini meskipun pelbagai pesanan sudah diuar-uarkan oleh pihak polis sebelum ini.
Menurutnya, polis sentiasa menjalankan siasatan mengenai setiap kes yang diterima sehingga ke akar umbi selepas menerima laporan daripada mangsa.
“Sindiket Macau Scam menggunakan banyak kaedah untuk memerangkap mangsa menerusi panggilan telefon. Ada yang memaklumkan bahawa mangsa tidak membayar bil air, insurans dan pelbagai cara untuk menipu mangsa. “Taktik itu dilakukan untuk menakut-nakutkan mangsa sehingga mereka mendedahkan maklumat peribadi sekali gus wang simpanan di dalam bank hilang,” katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, siasatan mendapati, penipuan kes Macau Scam boleh berlaku kepada semua peringkat usia terutamanya warga emas dan golongan profesional yang dilihat banyak menjadi mangsa. Menurutnya, siasatan mendapati, ada mangsa yang mengalami kerugian sebanyak RM200,000 hingga RM400,000 dalam satu-satu masa.- utusan
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Vantage Data Centers to open RM13.3bil data centre campus in CyberjayaVantage Data Centers to open RM13.3bil data centre campus in Cyberjaya FMTNews FMTBusiness
Read more »
Kama Azural Ketua Polis Pasir Mas yang baharuPASIR MAS: Bekas Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan Asisten Komisioner Polis (ACP) Kama Azural Mohamed dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Pasir Mas yang baharu berkuatkuasa hari ini.
Read more »
Kes curi dalam pasar raya, bukan culik, kata polisPolis sedang mengesan individu menularkan video mendakwa kes culik di sebuah pasar raya di Rawang.
Read more »
Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska | The Malaysian InsightSatu laporan polis diterima daripada orang awam susulan menerima satu video tular di WhatsApp.
Read more »