Janganlah bandingkan Aaisyah dengan budak lain - Che Ta
PETALING JAYA: “Janganlah bandingkan anak anda dengan anak artis. Bukan nak kata artis hebat, jangan salah faham. Tetapi dia sudah didedahkan dengan dunia glamor sejak kecil.”
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rozita atau Che Ta berkata, Aaisyah sedari kecil sudah didedahkan dengan kehidupan selebriti yang menuntutnya untuk hadir ke majlis-majlis hiburan dan sesi penggambaran. “Mak dia pula Che Ta yang semua orang tahu, bangun tidur sahaja dah bersiap melawa. Jadi dia terikut-ikutlah. Nak kata dia terlalu didedahkan dengan media sosial pun tidak juga, saya yang kawal semua.
Sebelum ini, isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu ‘naik hantu’ apabila seorang individu meninggalkan komen di salah satu hantaran Instagram milik Aaisyah dengan berharap tidak menjadi wanita ‘pick me girl’ satu hari nanti.
Rozita Che Wan Aaisyah Dhia Rana Celebrity Exposure Entertainment Industry