Royale Chulan Damansara mengambil keberkatan Ramadan dengan menghimpunkan anak-anak yatim, veteran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama selebriti dalam majlis berbuka puasa.
MEMBUKA tirai Ramadan, Royale Chulan Damansara mengambil keberkatan bulan suci ini dengan menghimpunkan anak-anak yatim, veteran anggota Angkatan Tentera Malaysia bersama selebriti dalam majlis berbuka puasa.
Seramai 70 orang anak-anak dari Telaga Kasih Nur Muhammad dan Rumah Cahaya Kasih serta 30 anggota veteran ATM diraikan dalam majlis tersebut yang turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tanah air seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Bob Yusuf, Amy Search dan Nabila Huda. Pelbagai juadah bertemakan Warna Rasa Sajian Ibunda, menu sempena bulan Ramadan disajikan termasuk lauk pauk masakan kampung, sambal udang sumatra, daging salai masak lemak cili padi, dan kambing bakar.
Sumbangan duit raya turut disampaikan Pembantu Pengurus Eksekutif, Faizal Hussain kepada anak anak yang hadir di majlis tersebut. Selain berbuka dan beramah mesra, turut diadakan ibadah solat tarawih berjemaah di ruang solat yang disediakan oleh pihak hotel. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
'Tostadas', 'aguachile' and more Latin American dishes turn heads at Mano Restaurant in Bukit DamansaraKUALA LUMPUR, March 26 — The Five in Bukit Damansara is home to a beautiful new place that’s a proper fiesta, bringing Latin American flavours (with a focus on Mexico) and a...
Read more »
Tiga beradik yatim piatu sedih sambut RamadanRozita disahkan maut di lokasi kejadian manakala Ahmad Arshad meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Merchang.
Read more »